Thursday, August 12, 2010

AZAM

Keazaman untuk menyambung pelajaran begitu kuat sekali apatah lagi dengan dorongan daripada insan yang tersayang.Saya tidak perlu untuk menoleh ke belakang lagi.Perlu maju ke depan.Biarpun pelbagai kata-kata yang muncul,insyaAllah saya teruskan perjuangan ini.Dorongan daripada suami amat penting begitu juga anak-anak .Setakat ini, mereka tidak pernah menyusahkan saya.Sewaktu saya melanjutkan pelajaran di USM dahulu, saya tinggalkan mereka ketika mereka memerlukan belaian daripada seorang ibu.Tapi , saya katakan kepada mereka, mama juga mempunyai azam tersendiri.Syukur, dengan adanya komitmen daripada ibu dan bapa serta mak mentua,saya dapat lakukan juga.

Baru-baru ini saya juga telah dipelawa oleh seorang pensyarah di sana untuk meneruskan pengajian di USM.Mengambil sarjana dalam bidang Sejarah.Saya menolaknya secara berhemah memaklumkan kini saya akan meneruskan pengajian sarjana dalam bidang pengurusan dan pentadbiran di bawah UTM.Dia menyokong.Suami yang terlalu beria-ia meminta saya meneruskan pengajian.Sokongan daripada belakang amat penting.Assignment,saya rasa tidak menjadi masalah kerana suami mempunyai banyak bahan berkaitan dengan kursus tersebut.

Saya juga telah memaklumkan kepada emak tentang hasrat untuk melanjutkan pelajaran lagi.Emak merestuinya.Dulu, memang saya terlalu ingin menjejakkan kaki untuk belajar di universiti tapi mungkin rezeki saya tidak ada ketika itu.Hasrat untuk mengambil ijazah disuarakan kepada suami dan akhirnya rezeki saya tetap ada.Kalau dahulu, tengok rakan-rakan ke universiti, impian untuk melangkah ke sana begitu kuat sekali.Mungkin rezeki saya ke bidang perguruan dan bersyukur dengan apa yang diberikan.

Hari Rabu ini akan bermula pendaftaran untuk belajar dan kelas bermula pada 21 Ogos ini.Semoga Allah berikan kekuatan kepada saya untuk melangkah setingkat lagi demi sebuah perjuangan dan impian diri dan keluarga.

Pena Kasih:Terima kasih untukmu, Ayang.Banyak yang dikorbankan semata-mata untuk memastikan isterimu meneruskan pengajian.Semoga Allah permudahkan segala urusan saya.InsyaAllah.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails