Thursday, July 2, 2009

TAHNIAH


Tidak terlewat kiranya saya mengucapkan tahniah kepada sahabat (Fatimah Amat Sajuri) yang telah melanjutkan pelajaran di USM secara jarak jauh.Sahabat yang dikenali sejak dari tingkatan 4 hingga tingkatan 6.

Memang kami lama tidak bertemu.Masing-masing membawa haluan sendiri setelah berumahtangga sehinggalah kami dipertemukan ketika majlis perkahwinan adik suami dan semasa sambutan hari raya.

Berita kemasukan sahabat diketahui ketika saya melayari laman web USM dan tertera nama Fatimah.Sekalung tahniah.Seronok belajar di USM.Tiada tekanan yang amat sangat.Kuliah secara intensif hanya di hujung tahun.Pembelajaran secara maya amat mudah dan rasanya kita belajar secara santai.Namun begitu,ulangkaji mestilah dimulakan dari awal lagi agar kita tidak tersepit antara tugas dan tanggungjawab sebagai isteri,ibu,pendidik dan pelajar.


Pena kasih:Suka melihat kawan-kawan melanjutkan pelajaran.

1 comment:

Sutiman Kemin said...

Saya merasa amat gembira sekali apabila kawan lama yang saya kenali sejak dari darjah 1 kini mengorak langkah ke menara gading demi cita-cita yang selama ini dipendamnya.

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails