Buat kali keduanya bertanding walaupun sebenarnya dia tidak begitu mengharapkan kemenangan.Padanya apabila amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh jabatan Bimbingan & Kaunseling ingin memastikan dia turut dipertandingkan kali ini,dia perlu memikulnya.
Peringkat awalnya dia menolak namun akhirnya terpaksa menerimanya setelah diharapkan akan membantu rakan-rakannya.Kewibawaannya telah lama dilihat oleh pensyarah tapi dia lebih bersikap 'low profile'.Padanya dia ingin belajar dan mencari ilmu seberapa yang boleh.Tapi setelah dipujuk dan diharapkan dia mengalah.....
Setiap hari dia mengharapkan ayahnya membuatkan teks bagi manifesto yang akan diadakan pada hari Isnin ini.Syukur kerana ayahnya bersedia untuk membantunya untuk dia berhadapan dengan ribuan rakan-rakannya pada hari Isnin ini.Padat dan bermakna...
Soal menang atau kalah dia tidak begitu kisahkan tapi kepercayaan yang diberikan oleh pensyarah kepadanya untuk turut bertanding itulah yang diutamakan.
PENA KASIH:
Tahniah!Semoga menjadi bakal guru yang berdedikasi dan komitmen dalam tugas nanti.
No comments:
Post a Comment