Bila berhadapan dengan pelbagai ragam murid sudah tentu adakalanya aku kehilangan sabar.Ketika itu aku baru keluar dari maktab dan semangat untuk mengajar sudah tentu berkobar-kobar.Mempraktikan ilmu yang diperolehi dengan keadaan yang sebenar amat berbeza.Tapi pengalaman menjadikan semakin hari semakin mahir aku mengawal emosi.Aku mudah naik angin melihat sikap anak murid.
Tapi apabila aku renung kembali,itulah realitinya di zaman muda aku.Mudah naik angin jika murid melakukan kesalahan atau berbuat bising.Akhirnya,aku cuba mengawal emosi yang ada kalanya tidak stabil.
Anak-anak didikku akan senyap apabila mereka tahu aku akan masuk ke kelas.Bunyi kasut aku sudah cukup mengerunkan mereka.Niatku satu sahaja, aku hendak anak didikku menjadi anak yang berjaya.Aku tidak mahu di akhir tahun, ada yang tidak tahu membaca, menulis malah mengira.Aku ingin melihat mereka tahu asas-asas itu semua.Sebab itu,aku terpaksa bertegas.
Bayangkan dalam satu kelas ada 30 orang lebih yang mempunyai pelbagai ragam tapi menjadi penghibur aku..Baru aku hendak membimbing murid-murid yang lemah,ada yang bertanya itu dan ini.Hendak tidak hendak aku melayan mereka.Sabar...sabar...sabar..itu sahaja yang ada dalam hati aku.Dalam ramai-ramai ,ada diantaranya yang cerdik sedikit aku lantik mereka menjadi guru kepada rakan-rakan mereka dalam kumpulan masing-masing.Sudah tentu mereka bangga apabila aku panggil mereka guru kecil.Tersenyum simpul guru kecil mengajar rakan-rakannya setiap kali aku membimbing mereka yang lemah.
Mereka yang hadir ke sekolah bukanlah semuanya tahu membaca.Aku terpaksa mengajar asas membaca dan perlu menghabiskan sukatan seperti yang telah ditetapkan.Berkat kesabaran aku,anak-anak didik aku yang lemah dan merangkak-rangkak membaca mampu membaca setelah puas dimarahi dan dilatih tubi.
Aku tahu setiap ibu dan bapa menghantar anak adalah untuk melihat anak mereka berjaya.Lalu aku pasang niat dalam diriku untuk melihat mereka berjaya dan mampu membaca, menulis dan mengira.Ak tidak mahu menghampakan harapan keluarga anak didikku
Peranan guru kecil ini amat berkesan....mereka berlagak menjadi guru dan aku nasihatkan kepada mereka agar tidak melakukan kekerasan kepada rakan-rakan.Walaupun mereka masih kecil tetapi mereka berpotensi membimbing rakan-rakan mereka.
Kini, aku dapati anak murid yang sering aku marahi telah memegang jawatan yang baik dalam kerjayanya.Ada yang menjadi inspektor di penjara,guru,doktor,pensyarah dan lain-lain lagi.
PENA KASIH
Pernah dirotan oleh guru dan sehingga kini apabila aku melihat wajahnya aku terasa peritnya tanganku.....
No comments:
Post a Comment