Aku sememangnya tidak lama berkhidmat di SK Jengka 4,apabila suamiku mengambil keputusan untuk pulang ke kampung.Aku akur dengan kehendaknya.Tapi pengalaman selama 4 tahun lebih di situ banyak membantu aku.
Rakan-rakan kerja dan staf sekolah di situ amat baik denganku.Aku tidak kekok berada di situ.Penduduk-penduduknya baik dan saling bertegur di antara satu sama lain.Pada aku,di mana jua aku berada, aku cuba untuk menjadi diriku sebenar.Aku tidak mahu bersikap sombong apabila sudah bekerja.Buat apa untuk menyombong dengan kedudukan kita.Kita manusia sama sahaja.Itu ingatan untuk diriku.Aku akan membantu mereka selagi aku mampu.Aku tetap akan bersama-sama mereka.
Sesuatu yang amat meninggalkan kesan kepadaku ialah apabila ayahlong panggilan guru besar sekolahku yang menyelamatkan diriku daripada dipantau oleh nazir.Beliau melayan nazir tersebut sehingga habis masa mengajarku.Waktu itu aku sarat mengandung anak pertama.Beliau tahu keadaan aku ketika itu yang memang tidak larat tapi masih bersemangat.Aku tidak dibenarkan naik turun tangga dan beliau menyediakan tempat aku di bahagian bawah.Terima kasih, ayahlong yang begitu prihatin dengan anak buahnya.Anak-anak didikku juga begitu prihatin denganku.Mereka sentiasa mengambil berat tentang diriku malah setiap kali aku sampai di sekolah, mereka menunggu aku untuk membawakan beg dan buku-bukuku.Cikgu sayang kalian dan sehingga kini, cikgu masih ingat kalian.
Sebut sahaja nazir sudah tentu hati berdebar-debar...macam ada sesuatu dengan perkataan nazir.Kalau dahulu sebut aja nazir mereka ingat nazir akan mencari kesalahan kita tapi sejak akhir-akhir ini banyak ilmu yang aku perolehi apabila bertemu nazir.
Sepanjang aku bertugas di Jengka 4,aku tidak pernah dipantau oleh nazir...selamat buat diriku...
PENA KASIH:
Nazir oh nazir.....
No comments:
Post a Comment