Sunday, January 27, 2013

KENANGAN DI JENGKA

Biarpun sudah lama meninggalkannya tetapi kenangan bersamanya tidak akan aku lupakan.Menjadikan aku semakin tabah untuk mengharungi dunia pendidikan.Ketika kaki ini menjejak di kawasan Jengka pelbagai andaian bermain di fikiran ini.Macamana rupa kawasan Jengka...Rasa takut mulai meresap di diriku tapi aku tetap akan meneruskan perjuangan aku sebagai seorang pendidik yang selama ini menjadi idamanku.

Sebelum aku melaporkan diri,aku telah mula meninjau kawasan tersebut bersama suami.Ketika itu, aku baru mendirikan rumahtangga.Kelengkapan belum sepenuhnya.Aku berkenderaankan kereta Proton Saga berwarna hijau.Seperti kata anak muridku yang ketika itu sering melihat aku ke sekolah dengan kenderaan tersebut.Hasrat di hatinya ingin memiliki kereta tersebut .Mazuin,Mazuin..berangan untuk memiliki kereta proton suatu hari nanti.

Hari melapor diri bermula...aku rasa berdebar juga kerana buat pertama kali aku berjumpa dengan mereka yang telah ada pengalaman.Maklumlah...semangat tetap ada tapi apabila berada di dunia realiti sebagai pendidik,terasa kerdilnya diri ini di kelilingi orang-orang yang berpengalaman.Setelah usai melapor diri,GPK pentadbiran telah meletakkan aku di kelas tahun 1.Aku rasa seperti hendak pitam kerana pelbagai perkara bermain di fikiran aku.Mampukah aku berhadapan dengan pelajar yang baru menjejakkan kaki ke Tahun 1?Hendak tidak hendak aku menerimanya walaupun dalam hati aku rasa hendak menangis.

Bermulalah episod aku bersama pelajar Tahun 1.Dengan jumlah murid yang seramai 30 ornag lebih menjadikan aku semakin kalut.Aku diberikan taklimat agak lama juga  oleh GPK tersebut dan berjanji akan membantu aku.Aku dikehendaki mengajar Bahasa Melayu dan Matematik serta beberapa mata pelajaran lain.Duduk mengajar dalam satu kelas sahaja....

Hari berikutnya, aku diselia oleh GPK.Beliau berada dalam kelas aku agak lama juga.Melihat orang yang baru keluar dari maktab mengajar tahun 1.Dalam hati aku, siapa suruh letak aku mengajar di Tahun 1?Mestilah aku kalut sedikit tapi aku bersyukur kerana aku mudah menerima arahan dan melakukan seperti apa yang dikehendaki.Boleh dikatakan setiap hari aku akan diselia oleh GPK dan menjadikan aku semakin tertekan.Namun, banyak perkara yang aku pelajari daripada beliau.Bagaimana untuk mengawal kelas yang ramai.Aku sememangnya tegas dan garang ketika itu.Darah muda katakan......murid terjerit,suara aku mulalah semakin naik.Malah mereka mengatakan suara aku didengari sehingga ke pejabat yang tidak berapa jauh dari kelas aku.Biar mereka dengar suara aku dan itu menunjukkan aku sedang mengajar mereka dengan bersungguh-sungguh.Semakin hari semakin banyak kemahiran mengajar yang aku perolehi hasil perbincangan dengan rakan-rakanku.

Hari-hari seterusnya menjadikan aku semakin tabah dan mengenali dunia pendidikan sebenarnya.

PENA KASIH:

Memori itu masih terlekat di minda ini..


No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails