Hari ini, anak lelakiku balik dengan perasaan marah.Aku biarkan dia melepaskan apa yang terbuku di hatinya.
Anakku yang bekerja 'part-time' mengisi masa luangnya sementara menunggu keputusan peperiksaan.Bekerja di salah sebuah pasar raya.Kalau sebelum ini, kerja rumahku agak ringan sedikit kerana banyak kerja rumah yang dibantunya.Membasuh kain, simen, mencuci bilik air,melipat kain, memasak nasi memang tugas rutinnya sebelum dia mengambil keputusan untuk bekerja bersama dengan rakan-rakannya.
Tapi aku bersyukur kerana di tempatnya ada diberikan kemudahan untuk mengerjakan solat.Mengambil masa lebih kurang 10 atau 15 minit untuk bersolat telah dimarahi oleh pengawal keselamatan di situ.Semasa anakku bersolat, tempatnya diambil oleh orang lain sementara dia pergi mengerjakan solat.Biasanya dia akan bergilir-gilir untuk pergi sembahyang.Pengawal keselamatan itu memarahi kerana anakku bersolat lama.Anakku membiarkan dirinya dimarahi tapi tanggungjawabnya kepada Allah telah ditunai.Dalam hati hendak sahaja dia menjawab ..'Encik sembahyang ke tidak?' tapi dipendamkan sahaja dan terus berlalu meninggalkan pengawal keselamatan tersebut bagi meneruskan kerja-kerjanya.Anakku kalau sembahyang memang ambil masa sedikit tapi tidaklah terlalu lama....
Lantas aku katakan kepadanya,kalau pengawal marah,diamkan diri sahaja dan jangan menjawab.Yang penting 'adik' tidak meninggalkan suruhanNya.Itulah pesanan aku setiap kali dia pergi bekerja.Jangan tinggalkan solat....Hati mama akan rasa tenang melihat anak-anak mengerjakan solat.
Aku juga bangga dengan rakan-rakan anakku yang turut sama mengerjakan solat.Malah baru-baru ini anakku memaklumkan sewaktu dia mengerjakan solat ada orang menepuk bahunya dan dia terus mengubah niat .Sedikit sebanyak tazkirah yang disampaikan oleh ayahnya dipraktikkan.Lagipun anak lelaki aku yang seorang ni memang suka bertanya dengan ayahnya jika dia inginkan kepastian.
Kalau hendak marah pun gunakan bahasa yang baik.Tegur dengan cara yang berhemah.Cermin diri dahulu sebelum memarahi anak-anak muda yang mengerjakan solat.
PENA KASIH:
Tidak mudah melatah....
No comments:
Post a Comment