Kak Bee,Abang Shaari dan Zaidi dan juga abang Suhaimi memang rapat dan aku sering meminta pertolongan mereka jika diperlukan.Mereka ringan tangan.
Kak Bee yang aku kenal semenjak aku 'posting' di situ seorang yang peramah dan rajin berseloroh.Agak simple orangnya .Sekejap-sekejap dia akan menjengah kelas aku...maklumlah aku baru di situ dan ada kalanya dia mentertawakan aku kerana aku sukar mengingat nama anak-anak murid ku...aku lebih senang menggunakan perkataan 'Anda' apabila berinteraksi dengan anak murid aku.Sehingga kini, anak murid aku tetap mengingati perkataan 'Anda" yang aku lafazkan apabila bercakap dengan mereka...Mazuin, Mazuin....
Kak Bi seorang yang rajin.Tandas yang terletak berhampiran dengan bilik darjah aku sering dijaga agar tidak berbau.Kalau berbau ,siaplah aku akan panggil namanya untuk tolong bersihkan.Dialek Pahangnya apabila bercakap denganku menyebabkan aku terikut-ikut.Aku ni cepat terpengaruh .....
Kalau waktu petang sementara menunggu suamiku mengambil aku, kami selalu bersantai bersama Kak Bee.Ketika aku meninggalkan bumi Jengka, kak Bee belum lagi mendirikan rumah tangga walaupun usianya sudah bertambah tahun demi tahun.Jodohnya ketika itu belum sampai lagi tapi kini, kak Bee telah pun berumah tangga dan mendapat orang muda.Tahniah! Kak Bee, aku doakan Kak Bee bahagia disamping si dia..
Abang Shaari seorang yang tinggi lampai dan serius orangnya tapi masih ada kelembutannya.Kalau bercakap denganku,karektornya akan berubah....heheeh.Orang muda katakan....Mudah memberikan pertolongan kepadaku.
Zaidi pula hanya ku kenali tidak lama...isterinya yang bekerja sebagai pembantu pejabat ketika itu.Boleh dikatakan kami seperti keluarga.Walaupun muridnya ramai tapi keakraban kami antara guru dan staf membuatkan perhubungan tidak berakhir di situ sahaja.Kami masih lagi berhubung dan bertanya khabar.Kalau aku ke Pahang, ada ketikanya aku akan singgah di Jengka.Tapi jarang dapat bertemu dengan mereka kerana masing-masing balik ke kampung halaman.
Abang Suhaimi pula merupakan kerani sekolah ketika itu..Orangnya tidak banyak bercakap.Habis-habis tersenyum aja.Aku kena baik dengan dia kerana soal gaji mahupun cuti kebanyakan perlu berurusan dengan dia.Mereka semuanya tinggal di kuaters guru berhampiran sekolah.
Abang Suhaimi pula merupakan kerani sekolah ketika itu..Orangnya tidak banyak bercakap.Habis-habis tersenyum aja.Aku kena baik dengan dia kerana soal gaji mahupun cuti kebanyakan perlu berurusan dengan dia.Mereka semuanya tinggal di kuaters guru berhampiran sekolah.
Kini, aku mengharapkan akan dapat bertemu dengan Kak Bee...ingin mendengar celotehnya...Nor niiii, kawan tak kisah..itulah perkataan yang sering diucapkan kepadaku.Kak Bee jarang membahasakan dirinya kak tapi kawan.....apa-apapun kak Bee tetap dihatiku.
Biarpun kini aku jauh daripada mata kalian, tetapi kenangan bersama kalian tidak akan dilupakan.
PENA KASIH:
Mereka tetap di hati..
No comments:
Post a Comment