Pagi lagi kami sekeluarga telah bersiap sedia untuk bersama-sama di majlis ini .Sambutan di peringkat negeri diadakan di daerah Segamat.Ayah seawal jam 6.15 pagi telah bergerak terlebih dahulu untuk bersama-sama menyertai perbarisan yang bermula di dataran Segamat.
Semangat orang tua..menggagahi berjalan sepanjang 2.5km.Hebat ....
Lebih kurang pukul 7.00 lebih saya,emak dan hubby telah bergerak meninggalkan perkarangan rumah untuk ke masjid .Mudah sahaja untuk kami sampai kerana melalui jalan belakang OS yang tidak sibuk dan sesak,kami sampai dengan cepat sekali.
Kontijen dari mukim Gemereh tidak melepaskan peluang untuk turut sama dalam majlis ini
Orang ramai berpusu-pusu memenuhi perkarangan masjid dan ramai yang diarahkan untuk naik ke masjid bagi mendengar ceramah bersama-sama dengan Sultan Johor dan kaum kerabatnya.
Setelah melihat perbarisan kontijen, saya mengambil tempat duduk di bawah khemah bersama-sama dengan emak.Sedang kami duduk,mereka menghantar dulang untuk menjamu selera.Syukur.
Mendengar ceramah agama yang disampaikan oleh Khadi Daerah Segamat.Hubby yang untung kerana dia sudah berada di dalam masjid untuk turut sama mendengar ceramah.
Lebih kurang pukul 10.00 lebih kami pun pulang.
PENA KASIH:
Salam Maulidur Rasul 1434H.
No comments:
Post a Comment