Akhirnya penantian anak perempuanku untuk mengetahui kedudukannya dalam pilihanraya kampus baru-baru ini diterima dengan redha.Sebolehnya dia tidak mahu menyibukkan diri dengan jawatan yang sememangnya ditolak awal-awal lagi.Tapi disebabkan one of her lecturers yang begitu mengharapkan dia bertanding dan melihat kebolehannya berhadapan dengan pelbagai pihak,menyebabkan dia akur walaupun di hatinya dia mengharapkan dia tewas.
Dia tidak berkempen sebaliknya lebih bersahaja dan tumpuan terus diberikan pada pelajarannya.Bsru-baru ini keputusan peperiksaan telah keluar dan dia memperolehi pointer yang baik.Ayahnya mengharapkan dia terus cemerlang dan meneruskan cita-citanya selepas ini.Sebagai ibu,aku hanya mampu memberikan peransang dan mendoakan kejayaannya.
Walaupun keputusan SPM tidak secemerlang orang lain, tapi sejak dia memasuki bidang perguruan yang sememangnya diminati ,aku lihat dia begitu matang dalam bertindak dan komitmen kepada tugasan yang diberikan oleh pensyarah.Berkali-kali dia menyatakan dia memangnya minat dalam bidang ini dan berjanji akan terus berusaha untuk mendapat keputusan yang cemerlang.Kesungguhannya mencari bahan dan tidak malu untuk bertanya jika dia tidak faham.Tapi tegas orangnya......
Dia mempunyai pendirian tersendiri..tidak suka membuat kerja 'last-minute'.....padanya apabila diberikan tugasan dia sudah mula bergerak dan mencari serta mengumpul bahan-bahan untuk melengkapkan tugasannya.
PENA KASIH:
Mendoakan agar cita-citanya 'satu lagi' akan tercapai nanti.
No comments:
Post a Comment