Aku sebenarnya begitu puas mengajar di kawasan yang rata-ratanya anak bangsa kita.Kepuasan hatiku, aku gambarkan sendiri dengan semangat yang aku tunjukkan untuk memastikan anak-anak didikku berjaya mencapai sasaranku di hujung tahun.
Aku memang tegas tapi dalam ketegasan dan kegarangan aku, tidak pernah pun ibu bapa di Jengka berjumpa dengan aku setiap kali aku memarahi anaknya yang tidak menyiapkan kerja sekolah.Pastinya aku mahu mereka berjaya.
Dalam ketegasan aku, setiap pagi akan ada anak muridku menunggu aku di tepi pintu masuk sekolah.Malah berebut-rebut untuk menolong membawa beg aku.Untuk tidak menghampakan mereka, aku gilirkan dua orang setiap hari.Aku didik dan menyemaikan dalam diri anak murid aku akan sikap saling bantu-membantu dan menolong guru apabila nampak guru membawa bebanan yang berat dan banyak.Aku didik mereka agar membantu guru-guru lain juga.
Tapi hati aku tersentuh kerana setiap hari apabila tiba musim buah-buahan,ibu bapa di kawasan tersebut tidak lupakan kami.Di sekolah itu, kebanyakkan guru tinggal di rumah kuarters malah ada yang merupakan anak tempatan.Hanya aku seorang sahaja yang berulang-alik setiap hari lebih kurang sejam lebih.Setiap hari, ada sahaja yang memberikan aku buah-buahan tersebut.
Aku masih ingat lagi wajah pak cik yang sering memberikan aku seikat rambutan dan mata kucing setiap kali menjemput anaknya.Orangnya rendah sahaja dan sentiasa tersenyum.Sehinggakan rakan-rakanku berkata, bertuahnya badan.Ada orang yang sentiasa menghulurkan buah-buahan kepadaku.Lantasku katakan itu rezeki...jangan ditolak.Apabila waktu petang aku sering bersantai di tepi padang sekolah suamiku bersama-sama dengan jiranku.Kami akan makan buah-buahan yang aku bawa setiap hari.Aku panjang-panjangkan pemberian pak cik tersebut.
PENA KASIH:
Gemar akan buah-buahan tempatan...

No comments:
Post a Comment