Lebih kurang jam 7.00 lebih,kami menerima panggilan telefon memaklum salah seorang anak buah ayahku lemas di Pasir Balai.Sememangnya kami kurang mengenali nama yang disebutkan kerana mereka baru sahaja tinggal di kampung ini.Tidak sampai setahun pun.
Selepas solat Isyak,ayahku ke lokasi kejadian sehingga jam 10.00 lebih menantikan pasukan penyelamat yang berusaha mencari mangsa.Sehingga larut malam, mangsa masih belum ditemui.
Pagi ini, aku bersama-sama hubby berkesempatan singgah di lokasi kejadian dan berbual sendiri dengan neneknya yang aku kenali sewaktu aku kecil lagi.Mereka pun mengenali aku kerana ketika itu emak dan ayah membuka kedai runcit.Mak cik tersebut selalu singgah di kedai emakku untuk membeli air oren 'bodoh' yang sehingga kini masih dipanggil lagi oleh penjual air tersebut ketika aku bertemu tokey tersebut di bandar Segamat.Dia masih ingat aku lagi.
Menurut neneknya, mangsa bermandi-manda di kawasan tersebut bersama dengan keluarga dan juga salah seorang rakannya yang berasal dari Sarawak.Membuat kajian tentang sungai.Mereka berjalan sehingga ke tengah dan tidak menyangka yang kawasan itu dalam.Mangsa tergelincir dan cuba diselamatkan oleh ayahnya yang cuba menarik tangan anaknya tetapi disebabkan licin, tangannya terlepas.Lokasi mangsa tergelincir ialah 20 kaki dalamnya.
Sehingga kepulanganku bersama hubby,mangsa belum diketemui walaupun dengan bantuan anjing polis.Mak cik tersebut tidak membenarkan aku pulang dan meminta aku menunggu sehingga mangsa ditemui tetapi aku tidak dapat berbuat demikian.Aku meminta izin untuk pulang dahulu dan jika berkesempatan lagi aku akan menaiki motosikal ke tempat kejadian.
Aku mendoakan agar adik Aina Nabila Zurimi ditemui dalam apa jua cara pun.Acik dapat mengenali Nabila dalam masa yang singkat sewaktu acik bersama emak acik mengunjungi rumah Nabila beberapa bulan yang lalu.Masih terbayang wajah Nabila tersenyum kerana terpilih untuk diberikan bantuan .
PENA KASIH:
Semoga keluarga Nabila bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini.
No comments:
Post a Comment