Sunday, January 27, 2013

BEKAS SEKOLAHKU

Rindu pula suasana di sekolah lama..Meninggalkan sekolah tersebut semenjak 1991 setelah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan berkhidmat di daerah sendiri.Lebih kurang 4 tahun lebih sahaja berkhidmat di situ tapi pelbagai pengalaman dapat dikumpul dan digunakan sehingga kini.

Dalam pencarian mencari bekas murid dengan menggunakan alam maya dapat juga aku kumpul sedikit sebagai kenangan aku bersama mereka.Mungkin aku sememangnya mudah lupa untuk mengingat nama-nama mereka tapi aku masih ingat pelajar yang membantu aku sewaktu aku sarat ketika itu.

Aku jadikan sekolah itu sebagai rumah keduaku.Kedudukan rumahku yang agak jauh dan setiap hari aku berulang lebih kurang sejam lebih banyak meninggalkan kenangan.Jarang sekali aku balik ke rumah seawal seperti biasa malah setiap hari aku akan pulang ke rumah jam 7.00 malam.Realiti itulah jika kita bekerja jauh dari rumah.Apatah lagi suamiku yang bekerja di sekolah yang mempunyai ramai murid yang cemerlang dan pelbagai aktiviti yang perlu dilaksanakan.Sedikit sebanyak tempiasnya aku yang merasainya.Aku terpaksa akur apabila setiap hari suamiku mengambilku lewat.Dapat juga aku menyiapkan kerja-kerja sekolahku.

Aku tetap berterima kasih dengan rakan sekerjaku yang sudi untuk menumpangkan aku sepanjang kelewatanku.Kenangan bersama kak Roslah dan Gee akan tetap aku kenang sehingga kini walaupun aku masih dalam pencarian mencari kak Ros.

Alam maya juga menemukan aku dengan bekas muridku..Mazuin Mansor yang begitu mengingati aku.Masih ingat lagi dengan kereta Proton Saga hijauku katanya.Sehingga kini dia masih juga mengingati perkataan yang aku sering gunakan iaitu Anda....garang katanya tapi ramai anak muridku yang kini berjaya...Syukur alhamdulilah...semoga kalian berjaya di dunia dan di akhirat.

Aku sempat juga mengenali cikgu Lam yang hanya dapat bersamaku lebih kurang setahun sahaja apabila dia  mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia pendidikan dan berhijrah ke bidang lain.
Walaupun aku sudah meninggalkan Jengka tapi aku masih dapat berhubung dengan beberapa orang guru di sekolah lamaku.Ada juga yang telah menemuiNya.Al-Fatihah buat cikgu Zulkifli Lasoh dan beberapa orang guru yang aku lupa namanya.

PENA KASIH:

Kenangan bersama di Jengka 4 akan dicatat dalam kisah yang akan datang.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails