Saturday, April 30, 2011

RINDU.....







Tidak sabar menantikan kepulangan Alongnya.Walaupun 4 hari sahaja bercuti, tapi anak perempuan tetap mahu balik.Rindu kepada keluarga dan suasana rumah.Minggu lepas demam....demam rindu.Pada mulanya saya tidak benarkan dia balik kerana kasihan .Perjalanan yang jauh memungkinkan dia penat dan rehat yang tidak mencukupi.Dia tetap hendak balik kerana selama ini dia begitu bertungkus-lumus membuat 'assignment'nya secara individu dan juga kumpulan.Nak release tension katanya.Akhirnya, saya akur dan benarkan dia balik.

My son also rindukan dia...sempat lagi bertanya,bila Along akan balik dan siapa yang akan ambil Along di Melaka.Kali ini , saya tidak mengambilnya dan diambil oleh ayah saya.

Gambar-gambar menunjukkan keriangan di wajah mreka.

PENA KASIH :Setiap kali berdoa, mereka tidak dilupakkan

Thursday, April 28, 2011

KOMUNIKASI MELALUI MATA


Kami selalu berbincang berkaitan dengan komunikasi melalui mata.My bos always mengingatkan saya jika kita berkomunikasi, tentangan mata itu amat penting.Melihat sejauh mana kita memahami apa yang sedang dibicarakan.Kontak mata dengan orang yang dilawan berbicara.

Bila saya sedang kesibukan dengan jari-jemari yang tidak berhenti-henti mengetuk 'keyboard' saya biarkan percakapan itu berlangsung tanpa menggunakan kontak mata.Hanya telinga yang saya pinjamkan untuk mendengar percakapan itu.Tapi 'eye-contact' saya langsung tidak endahkan.Kejamkan saya...................tapi sebenarnya saya tidak berniat langsung seperti itu.Cuma apabila keadaan tertentu saya terpaksa melupakan 'eye-contact'itu.

Sebenarnya,saya memerlukan waktu privacy saya.Tiada sebarang gangguan dan saya perlu membereskan beberapa kerja dengan tenang.Pada saya, cerita-cerita yang remeh bukanlah pilihan saya pada waktu pagi.Banyak perkara yang perlu saya lakukan dan bereskan.Yang pasti, bidang tugas saya di waktu pagi memastikan kehadiran guru dan menyediakan 'guru ganti' sekiranya tidak hadir itu yang diberikan keutamaan.Saya memang tidak suka menghabiskan waktu pagi saya dengan percakapan yang tidak berfaedah.

Banyak kerja-kerja utama perlu saya lakukan....saya bukanlah orang yang terlalu tegas tapi terus terang saya katakan...........waktu pagi ,saya ingin isikan dengan sesuatu yang bermakna agar menjadikan hari itu hari yang menceriakan diri saya.

Ada benarnya 'eye-contact' itu penting dalam berkomunikasi.My bos selalu mengingatkan saya.Tau ajalah saya ni, kalau dah bekerja saya tumpukan pada kerja sehingga saya lupa saya sedang bercakap dengan siapa..............tapi yang penting dan saya harap difahami berikan ruang 'privacy 'saya.

PENA KASIH : Sedang menunggu untuk membaca buku "SENI BAHASA BADAN".


Wednesday, April 27, 2011

LAYANAN

Saya sebenarnya memang jarang ke bank .Apatah lagi berurusan untuk mengambil wang.Semuanya hubby yang uruskan .Kepercayaan penuh diberikan kepadanya.Memang saya tidak ambil tahu semua urusan itu jika tidak mendesak atau tiada kepentingan.Yang penting kejujuran.

Hari ini atas urusan penting, hubby menyuruh saya menguruskannya sendiri.Mulalah saya seperti orang yang serba tidak tahu.Hubby just tengok sahaja adakah saya mampu melakukan sendiri tanpa bantuannya........Alhamdulillah dengan stafnya yang baik hati,sedia membantu saya mampu melakukannya................emmmm....sejak beberapa hari ni tapak tangan saya gatal sahaja.Kalau dahulu orang kata nak dapat duit.......alhamdulillah hari ini saya dapat duit tanpa dijangkakan.........itulah rezeki sebenarnya.Tidak banyak tapi yang penting saya belajar sesuatu hari ini.

Layanan yang baik amat penting apabila kita berurusan dengan seseorang individu.Ada orang yang tidak mengendahkan kehadiran seseorang itu seolah-olah dia tidak wujud di situ.Sikap manusia sebenarnya......keegoaan mengatasi rasa hormat.Itulah realiti yang kita lihat hari ini.Bukan pangkat yang kita pandang tapi budi bahasa yang menjadi keutamaan.Bila kita renung kembali....akan tiba waktunya kita meninggalkan segala kerjaya kita kerana tamat tempoh perkhidmatan kita.Usahlah kita begitu bangga dengan pangkat dan kerjaya kita tapi orang akan hormat kita sekiranya kita menghormati orang lain.Banyak tempat yang saya pergi, tapi alhamdulillah mereka melayani saya dengan baik.Namun, ada di sesetengah tempat mereka seperti tidak menghiraukan kehadiran kita.Saya suka menjadikan ianya sebagai perbandingan sebab itu saya suka berurusan dengan bangsa lain di sesebuah kaunter itu.

Hari ini,saya berurusan dengan mereka yang tahu melayani dan menghargai pelanggan.Senang berurusan dengan mereka.


PENA KASIH :Menghormati orang lain......

Tuesday, April 26, 2011

MERUMITKAN YANG MUDAH

Ternyata kita sering merumitkan sesuatu yang mudah itu.Menjadikan kerja yang mudah menjadi satu bebanan .Rungutan kerja yang banyak memang tidak dinafikan tetapi itulah realitinya kini.Tapi kita cuba untuk memudahkan dan menyelesaikannya dengan seberapa segera yang sepatutnya tapi lain jadinya.Tiada perancangan yang teliti sebenarnya.

Hampir seminggu saya memastikan sesuatu yang dibuat itu dapat diselesaikan dengan mudah.Tapi tidak di bawah jangkaan saya.Saya cuba untuk mempermudahkan kerja-kerja agar yang berat menjadi ringan, yang susah disenangkan agar kerja-kerja lain yang sedang menanti dapat dibereskan.Kalau tidak jari -jemari ini mengetuk keyboard setiap hari untuk menyelesaikannya.....agak sukar.Semuanya mengambil jalan mudah tapi hasilannya tidak memuaskan .

Syukur kerana kemahiran menaip yang dipelajari semasa dahulu banyak membantu saya melunaskan kerja-kerja yang semakin hari semakin bertambah.Kemahiran itulah yang saya gunakan dan saya kira tidak rugi saya mempelajarinya.

Banyak yang saya pelajari sebenarnya........biarlah ianya tersirat di hati ini.

PENA KASIH :Tidak suka menyiapkan kerja dalam keadaan tergesa-gesa.Perlu perancangan yang teliti.

Monday, April 25, 2011

TERSENTUH RASA,TERLERAI AIR MATA

Begitu pantas saya menghabiskan novel setebal 1050 muka surat dalam masa tidak sampai dua hari.Sanggup berjaga malam,semata-mata untuk memastikan apakah kesudahan cerita tersebut.Hubby pun hairan saya berjaga malam semata-mata untuk menghabiskan novel tersebut.

Cerita yang begitu berkesan sekali.....bergenang air mata dan akhirnya terlerai sudah .Begitu menarik jalan ceritanya.Pengorbanan seorang suami kerana terlalu menyayangi isterinya walaupun pelbagai dugaan dan rintangan yang dihadapinya.Sanggup menunggu isteri kerana cinta yang begitu mendalam...........

Di akhir-akhir penceritaan,saya begitu sayu , sedih dan tidak menyedari air mata mengalir begitu pantas sekali sehingga sembab mata saya.Nasib hubby dan anak tiada di rumah.Kalau tidak sudah pasti, mereka akan ketawakan saya.

Hati saya mudah tersentuh apabila mengamatinya perjalanan cerita itu apatah lagi melibatkan anak.Naluri keibuan begitu terserlah walapun anak ditinggalkan kerana terlalu mengikut perasaan.Tapi kasih ibu tetap untuk anak........

Sebenarnya, saya memang mengemari membaca novel.Mengikuti perkembangan novelis tanah air.Kalau dah mengadap novel, saya memang akan pastikan cerita itu henda dihabiskan secepat mungkin......hubby tersenyum melihat cara saya.

Sunday, April 24, 2011

PESTA BUKU ANTARABANGSA 2011


Usai solat menunggu hubby di hadapan pintu masuk di Masjid Besi......

Mendapatkan tandatangan Siti Rosmizah bersama novelnya yang bertajuk 7 Hari Mencintaiku...jalan cerita yang menarik sekali.


Mengambil kesempatan bergambar bersama novelis Siti Rosmizah.Nice to meet her.

Hubby berjumpa dengan kawan FBnya yang merupakan seorang penulis terkenal......
My son....suka-suka dia ambil gambar dalam keadaan wajah yang masam.Kepenatan.

Hubby sibuk memilih buku-bukunya..............

Buat pertama kalinya saya mengunjungi pesta buku Antarabangsa yang kini berlangsung di PWTC.Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 7.30 pagi semata-mata untuk membeli beberapa buah buku dan novel.Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan kami dengan baik dan lancar sekali.Yang pastinya hubby ingin berjumpa dengan kawan fb yang merupakan seorang penulis dan dapat bertemu di situ.

Orang ramai berpusu-pusu ke situ untuk berjumpa sendiri dengan penulis-penulis buku masing-masing.Sempat juga saya membeli novel yang ditulis oleh Siti Rosmizah.......7 Hari Mencintaiku.Tak sempat di rumah, di dalam kereta saya telah membacanya.Masih belum selesai membaca novelnya tapi saya begitu tertarik dengan gaya penulisan dan ceritanya amat berkesan sekali.Mengisahkan seorang suami yang begitu sabar melayani karenah isteri yang keras kepala.Sambil membaca novel tersebut , hubby memperdengarkan lagu sedih...apa lagi bergenang air mata....tak sabar untuk menghabiskan novel tersebut dan melihat sendiri kesudahan cerita tersebut.

Kemudian, saya juga membeli beberapa buah buku berkaitan dengan tugas saya dan hubby juga memborong beberapa buah buku yang dicari-carinya selama ini.Buku berbentuk agama juga tidak ketinggalan.Haziq also mengambil kesempatan membeli buku-buku berkaitan dengan kisah nabi....Hampir 3 jam lebih kami berada di situ sebelum kami bergerak ke Masjid India untuk mencuci mata kononnya.Tapi disebabkan tiada parking, so kami ambil keputusan balik sahaja.Terkilan juga sebenarnya..............tapi hubby berjanji akan membawa saya ke situ nanti.Thanks......

Sebelum pulang,kami singgah di Putrajaya dan bersolat di Masjid Besi dan kemudian ke Alamanda.......Ingatkan nak lepak-lepak di Putrajaya tetapi cuaca tidak mengizinkan so kami mengambil keputusan balik awal kerana besok kami akan bekerja......Yang penting hajat untuk membeli buku telah tercapai dan suami hendak ke Masjid Besi juga telah tertunai.

Alhamdulillah ,kami selamat sampai di rumah jam 9.00 malam.
7 Hari Mencintaiku............


Pena Kasih :Akan menjadikan bulan April bulan mengunjungi Pesta Buku....

Saturday, April 23, 2011

SEMOGA BERJAYA


Pn Ruhana juga diberi peluang untuk bercakap.Beliau merupakan ketua panitia BM dan guru Bahasa Melayu Tahun 6.Bukan senang untuk mengekalkan 100 %.Perlukan komitmen daripada kedua-dua belah pihak.

Saya juga telah diberi peluang untuk membentangkan keputusan UPSR dan UPPM 1.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan turut saya nyatakan beberapa program yang telah, sedang dan akan dijalankan untuk membantu pelajar-pelajar UPSR.

Guru besar juga turut menyampaikan ucapan ringkas untuk mengalu-alukan kehadiran ibu bapa ke majis tersebut.

Murid-murid tahun 6 menunggu kehadiran ibu bapa mereka.Namun, tidak semua yang hadir atas urusan yang peribadi.

Salah satu program kecemerlangan akademik adalah perjumpaan ibu bapa tahun 6 dan Akur Janji murid-murid tahun 6 di hadapan ibu bapa dan guru.Walaupun kehadiran mereka tidak berapa ramai bersesuaian dengan jumlah murid yang seramai 22 orang.Majlis yang bermula sekitar jam 10.30 pagi dan berakhir jam 1.20 petang ini berjalan dengan baik sekali.

Thursday, April 21, 2011

MASIH HANGAT LAGI..................








Majlis makan-makan diadakan di IOI untuk meraikan keempat-empat orang tersayang iaitu warga emas dan warga muda........Happy Birthday to all my beloved family...My MIL,Hubby,Sister in-law and my nephew.Masih terasa hangat lagi bahang untuk meraikan keempat-empatnyanya walaupun telah lewat 5 hari.Semuanya ketentuan kerana sepatutnya majlis diadakan pada hari Sabtu tetapi disebabkan ada perkara yang tidak dapat dielakkan kami tangguhkan hingga ke hari ini.

Namun, kami bersyukur kerana dapat meraikan juga dalam suasana yang meriah.Pelbagai juadah disediakan secara ala kadar tapi sedap dan enak.Kebetulan Kak Long and her family balik ke Segamat........meriah dengan kehadiran kedua-dua belah keluarga.Bukan selalu dapat berkumpul bersama-sama dan mengeratkan perhubungan .

Syukur kerana masih diberikan peluang untuk bersama-sama meraikannya.Kadang-kadang peningkatan usia kita banyak membentuk keperibadian kita.Alhamdulillah,mereka dikurniakan kesihatan yang baik untuk bersama-sama pada malam itu.Kita banyak belajar daripada pengalaman kehidupan.

Menu yang disediakan oleh my Mil and Kak Long sungguh enak......apatah lagi my hubby's favourite food 'buah melaka' turut disediakan oleh emaknya.Apa yang meninggalkan kesan dalam majlis itu apabila Pak Atan tercekik kerana makan buah melaka.Nasib tidak apa-apa dan bersyukur kerana hubby cepat bertindak memukul-mukul belakangnya.Agak terperanjat juga dan apa yang sungguh menggelikan hati kami apabila melihat Abang Nasir ketawa dengan tidak berhenti-henti mengenangkan peristiwa tersebut.Pak Atan agak fobia sekejap dan termenung seketika akibat peristiwa tersebut.

Majlis dimulaikan dengan bacaan doa oleh hubby......semoga ditetapkan iman, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.Kali ini, kami memilih IOI sebagai tempat untuk mengadakan majlis.Kalau tahun dahulu di rumah kami, tapi tahun ini di rumah Aman.

Tidak ketinggalan Atok Dollah juga turut ada dalam majlis tersebut.Pada mulanya, saya lihat wajahnya begitu pucat sekali dan kebetulan dia tidak berapa sihat.Tapi akhirnya, dia sudah boleh tersenyum dan nampak ceria kerana melihat kaum keluarga berkumpul.

Apabila telah usai majlis, kami telah mengambil tugas membasuh pinggan with my hubby.Hubby memang tidak suka melihat rumah tidak berkemas.So, dia terus bertindak membasuh pinggan-mangkuk sebelum pulang.

Selepas itu, kami membungkuskan makanan untuk diberikan kepada kawan-kawan Hapiz.Mewah rakan-rakannya.Semoga dimurahkan rezeki.

PENA KASIH :Hubby menerima hadiah daripada Hapiz.............sayang Hapiz.




Tuesday, April 19, 2011

TERSENTUH HATI..........

Setiap kali saya mengajar,sedikit sebanyak saya akan sentuh soal ibu bapa .Saya hendak mereka menghargai pengorbanan ibu bapa.Saya hendak mereka menghormati ibu bapa.Saya tidak mahu mereka menghancurkan harapan ibu bapa.

Tidak semua orang mendapat kasih sayang daripada ibu bapa.Ada diantara mereka kehilangan ibu bapa sewaktu kecil malah ada pula yang ditinggalkan oleh ibu dan ayah kerana masalah keluarga.Saya selalu melihat mereka yang ditinggalkan oleh ibu atau bapa mempunyai sikap memberontak.Ada sesuatu yang kurang dalam diri mereka.Mereka kurang belaian kasih sayang daripada ibu bapa.Mereka ketandusan kasih sayang daripada kedua-duanya.Saya fahami hati mereka.Saya tahu mereka dan pernah saya bertanya tentang keluarga mereka setelah saya lihat ada sesuatu yang tidak kena pada diri pelajar itu.Pelajarannya merosot malah ada kalanya tidak mahu hadir ke sekolah.Apabila saya tanya tentang 'ayah' berlinang air matanya.Saya selami perasaannya.Ya...dia rindukan ayahnya.Dia rindukan belaian kasih daripada ayahnya.Saya terharu..........

Baru-baru ini, seorang lagi pelajar kehilangan ayahnya.Ayahnya pergi meninggalkan dia untuk selama-lamanya.Saya lihat reaksinya............nampak bersahaja.Mungkin dia sudah biasa ditinggalkan oleh ayahnya......sehingga kini, saya lihat dia masih boleh menerima kenyataan .Jiwanya kental.

Dua situasi yang berbeza.Mereka kehilangan ayah dalam suasana yang berlainan.Yang mempunyai ayah, mereka akan menantikan kehadiran ayahnya.Ingin bersama-sama tapi mereka yang kehilangan ayah untuk selama-lama dapat menerima kenyataan.Semoga mereka tabah dan dapat menerima kenyataan sebenarnya.Biarpun sebenarnya hati saya mudah tersentuh melihat kedua-duanya.

PENA KASIH :Selagi ibu dan bapa ada,hargailah pengorbanannya.Sayang ayah dan emak .....

AMBIL MUDAH

.....terkilan betul.Kadang-kadang kita lebih mudah mengambil sikap sambil lewa dalam melaksanakan kerja .Memang tidak dinafikan cabaran kerja sekarang memang begitu tercabar dan secara tidak langsung menjadikan kita lebih berhati-hati dalam bertindak dan berkata-kata.

Saya suka melihat dalam pelbagai sudut dalam melaksanakan kerja.Memang tidak dinafikan antara tugas hakiki dan kerja-kerja sampingan memerlukan kita pandai bertindak dan mengurus masa dengan lebih baik lagi.Masa yang diberikan sudah cukup sebenarnya.Cuma kadang-kadang kita sendiri gagal melaksanakannya kerana ia datang dalam masa yang sama.Kadang-kadang fokus kita kepada kerja terjejas.

Saya bukanlah orang yang begitu teliti tetapi setiap kerja perlu dibereskan seperti yang dikehendaki.Kadang-kadang saya tidak dapat memberikan fokus kepada apa yang perlu saya dengar sewaktu melaksanakan kerja.Apabila jari-jemari mula mencecah 'keyboard'saya perlu meneruskan kerja tanpa banyak gangguan.Itu prinsip saya........Dalam masa yang sama,telinga mendengar tangan terus bermain-main dengan huruf-huruf.Semuanya perlu dilaksanakan dengan cepat dan teliti apabila ia melibatkan data-data.

Banyak yang terkilannya..........Saya pegang pada prinsip selagi kita bekerja,bekerjalah dengan bersungguh-sungguh kerana ia melibatkan periuk nasi kita.Kita bukanlah manusia yang sempurna tapi kita boleh baiki diri kita andai kata kita ingin membaikinya.Jangan terlalu mengambil mudah dengan setiap kerja yang kita lakukan kerana ia melibatkan banyak pihak.

PENA KASIH: Tetap sayang pada bidang kerjaya sendiri walaupun pelbagai cabaran yang perlu kita hadapi.

Sunday, April 17, 2011

CHECK-OUT



Alhamdulillah.......hari ini kami akan bertolak pulang.Tapi masih lagi hendak meronda-ronda bandar Melaka.Malam tadi meronda ke Umbai.......teringat semasa belajar di USM dan sewaktu kami mengambil periksa di Sekolah Tinggi Melaka.

Kawan-kawan mengajak saya ke Umbai menikmati ikan bakar di sana.Tempatnya menarik sekali dan malam tadi meningatkan saya kisah 4 tahun yang lalu.Terlalu ramai pengunjung di sana dan kami ke gerai no 1.Alhamdulillah...........

Kemudian, kami berjalan-jalan di sekitar bandar Melaka.Tak dapat nak ambil gambar kerana bateri kamera kami kong kali kong......frust.

Biasalah saya ni peminat mengumpul gambar...tapi thanks to hubby kerana memahami kegemaran saya.Entah berapa koleksi kamera dibelikan untuk saya daripada hp berkamera sehinggalah yang kami miliki sekarang.Semuanya suka-suka sahaja........

Kami akan check-out awal kerana kami ingin meronda lagi ......window shopping tapi dalam kepala ni nak beli something......ni nak baik-baik ngan che abe.....Tapi biasanya dia tidak pernah menghampakan apa yang isterinya mahu.......thanks so much.Lagi pun saya bukannya suka meminta itu dan ini daripada dia.

PENA KASIH :Menghargai setiap pemberiannya....................

GUNUNG LEDANG.......








Haziq dan ayahnya mengambil kesempatan bergambar.Nyaman dan tenang serta sejuk.



Bergerak menuju ke Gunung Ledang....hampir 10 tahun lebih saya tidak menjejakkan kaki di sini.Hari ini barulah teruja setelah hubby mengajak singgah on the way balik dari Melaka.Banyak perubahan sebenarnya dan tempatnya semakin cantik.Ada resort lagi untuk para pengunjung yang ingin bermalam di situ.

Saturday, April 16, 2011

TANGGUH

Selamat Hari Lahir untuk Apiz dan my hubby.Pagi lagi ,saya telah bergerak ke pasar untuk membeli barangan .Ketika memilih,my Mil call memaklumkan yang Aman's uncle was passed away jam 9.05 pagi di Hospital Segamat.Selepas memilih barang,kami bergerak ke IOI untuk ke Gemas menziarahi bapa saudaranya.

So,sambutan ditangguhkan sehingga hari Rabu ini.Kak Long from JB akan balik dan InsyaAllah,kami akan mengadakan sedikit jamuan untuk meraikan kedua-duanya.

Then,husband mengajak kami ke Melaka.Sekadar merehatkan diri di sini di samping menyiapkan kerja-kerjanya.Kami bermalam di sini dan kemungkinan besar akan meronda sekitar bandar Melaka pada waktu malam.

PENA KASIH :Happy Birthday to hubby...Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Thursday, April 14, 2011

ALHAMDULILLAH.......

Hasrat untuk melawat atok di kampung telah disuarakan beberapa kali setelah membaca fb Sya hani.Dinyatakan bahawa atok tidak lalu makan dan terbaring sahaja.Biasalah bila mendengar berita seperti itu sudah tentu rasa tidak senang hati timbul.Pelbagai persoalan muncul .

Akhirnya hari ini, dikuatkan langkah dan disertai dengan semangat untuk melihat atok tercapai juga.Selepas call MIL, memaklumkan hasrat kami hendak ke sana, dia turut ingin serta.Alhamdulillah, hari ini atok sudah sihat seperti biasa.Riang melihat kehadiran kami dan begitu rancak berbual-bual.Membuka kisah lama disertai dengan gelak ketawa mengenangkan kisah lama yang penuh dengan nostalgia.Kami pun berasa seronok melihat keadaannya.Hanya yang terpacul di mulutnya ialah..............entahlah berapa lama lagi dia akan bersama.Ternyata sayu mendengar ungkapan kata-kata itu.Mukanya agak pucat dan ternyata dia masih lemah...... tapi nampak riang .Hari ini ,dia begitu rancak berbual-bual.

Mudah-mudahan atok sihat seperti biasa.....

PENA KASIH :Tidak senang hati mendengar sesuatu berita itu.........................


Sunday, April 10, 2011

PANDUAN

When i was read my hubby blog about'DENGAR',ternyata apa yang ditulisnya itu ada sesuatu yang begitu menarik sekali pandangan yang disampaikan.Walaupun,nampak bersantai tetapi disebaliknya ada sesuatu yang tersirat yang boleh dijadikan renungan.

Kadang-kadang apabila kita menerima sesuatu mesej itu mengenai keadaan seseorang, seolah-olah ianya begitu teruk dan membuatkan kita berada dalam keadaan yang tidak tenteram.Kadang-kadang saya biarkan mesej itu begitu sahaja tanpa sebarang balasan.

Baru-baru ini, hubby ada menerima satu panggilan daripada someone.Tetapi segala butiran percakapan tidak diceritakan kepada saya dan sehingga kini saya tertanya-tanya.Yang pastinya berita itu menggembirakan kalau ianya menjadi kenyataan.Tapi saya masih tertanya-tanya apakah berita itu.Hubby tetap dengan pendiriannya tidak mahu menceritakan kalau ianya belum 'Benar'.Saya biarkan persoalan itu ditinggalkan begitu sahaja.Saya tidak terlalu teruja untuk bertanya lagi setelah info yang disampaikan.Cuma kalau ada rezeki kita,mungkin ianya sesuatu yang menggembirakan.Biarlah ianya berlalu begitu sahaja.Yang pastinya ia tidak membabitkan orang lain....

PENA KASIH : Adakah impian itu akan menjadi kenyataan....................?

Saturday, April 9, 2011

KOLEKSI KAMI.....





DINNER AT JUARA IKAN BAKAR






Dah beberapa kali bos ajak makan....saya sering mengelak.Kalau saya 'stayback',dia sering mempelawa saya makan bersamanya di luar.Setiap kali pelawaan itu saya tolak dengan cara yang berhemah.Entah....saya memang sukar untuk diajak keluar.

Akhirnya,pada hari ini saya gagal untuk menolak pelawaan husbandnya.Memang sudah banyak kali husbandnya mengajak hubby makan di luar.Mereka pernah menjadi kawan suatu waktu dahulu .Akhirnya, pertemuan di atur dan kami ke Juara Ikan Bakar.Thanks to my bos.

Kami datang agak lewat kerana menghantar my nephews dahulu balik ke rumahnya.Lambatnya kerana tuntutan Apiz untuk membelikan mainan untuknya.Setiap kali keluar, mainan tetap diminta walaupun pelbagai alasan diberikan kerana kesuntukan masa.Dia menangis di belakang dan hendak tidak hendak,kami belikan juga.Sebenarnya, kami hendak membawanya keluar pada hari ini untuk membelikan mainan untuknya tapi dia menangis hendakkan juga mainan, so hubby belikan juga.

Di Juara, pengunjung begitu ramai dan kebetulan berjumpa dengan Salwani yang pernah menjadi teman sekolah dahulu dan husband juga terjumpa dengan kawannya yang pernah datang ke rumah kami .Nice place and we are very enjoy.Saya minta anak rakamkan suasana di situ sebagai kenangan untuk kami.

Selepas selesai menikmati makan di situ, saya bergerak ke dataran Segamat.Menikmati udara yang segar dan bersantai di situ.Kami tidak lama di situ.Di situ ramai juga pengunjung meluangkan masa bersama family masing-masing.Saya pun tidak ketinggalan duduk bersantai dengan husband.

PENA KASIH :Sesekali menerima pelawaan................

JALAN-JALAN DENGAN NEPHEWS






Sekembali dari sekolah,Haziq memberikan cadangan untuk membawa Adif dan Apiz berjalan-jalan di taman bunga.Lalu,saya meminta Aziq call Ucunya untuk memaklumkan hasratnya itu.Panggilan tidak diijawab dan kemudian hubby call hp Ucunya bagi memaklumkan hasrat Haziq.

Lebih kurang pukul 5.40 petang, kami bergerak dari rumah ke rumah Ucunya.Ternyata mereka begitu girang menantikan kehadiran kami sambil melonjak-lonjak kegembiraan.Tidak sabar untuk berjalan-jalan.Kedua-duanya berlari-lari menukar baju masing-masing.Soooo excited.

Biasalah Hapiz tak habis-habis bercerita itu dan ini.Nak menyambut his birthday on 16 April at Tok Mok house.Entah betul ke tidak katanya,Tok Moknya hendak menyambut hari jadinya di rumah barunya.Siap minta hadiah untuk dia.So funny betul Hapiz.

Sesampai di taman bunga, Adiflah orang yang paling suka.Tak sempat kami hendak menahannya terus berlari-lari menuju ke taman bunga sambil bercakap tanpa difahami butiran kata-katanya.

Saya biarkan mereka bermain-main di taman tersebut dengan diawasi Haziq sambil berposing.Pandai mereka berdua bergambar....tanpa disuruh mereka telah bersedia untuk diambil gambar.

PENA KASIH:Hati terhibur melihat gelagat mereka.

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails