Minat yang begitu mendalam dalam bidang ko-akademik dari peringkat rendah lagi sehinggalah ke hari ini.Lebih suka memasuki acara-acara seperti pidato dan juga sajak.Setiap kali hendak menyertai sesuatu program,kami selalu membantunya terutama dalam menyediakan isi-isi untuk digunakan dalam acara pidato mahupun sajak.
Keberaniannya terserlah sewaktu di sekolah tadika lagi.Pelbagai acara yang telah dimasuki sehinggalah ke pertandingan bercerita.Namun, bakatnya dapat dikesan oleh guru sekolah rendahnya iaitu Cik Wan.Selama ini pun saya tidak tahu yang dia begitu berminat dalam aktiviti seperti itu.Sehinggalah dia menyertai pertandingan bercerita Bahasa Inggeris di peringkat daerah dan mendapat tempat ketiga.
Kini, setelah melanjutkan pelajaran di IPG,minatnya diteruskan.Sebagai ibu , saya mendoakan yang terbaik untuknya.
PENA KASIH :Gementar tetap ada......
Kini, setelah melanjutkan pelajaran di IPG,minatnya diteruskan.Sebagai ibu , saya mendoakan yang terbaik untuknya.
PENA KASIH :Gementar tetap ada......
2 comments:
Tahniah kerana beliau bakal mewarisi kepetahan ibu dan ayahnya dimasa hadapan.
Terima kasih.Sememangnya dia begitu berminat dengan pidato, syarahan mahupun mendeklamasi sajak.
Post a Comment