Wednesday, September 7, 2011

TANGISAN

Biasanya, setiap kali hari raya....salam-bersalaman tanda memohon maaf atas keterlanjuran kata-kata mahupun perbuatan dilakukan bersama dengan iringan air mata.Lumrah di saat kita rasa bersalah dan ingin bertaubat atas perbuatan yang pernah kita sedari atau tidak sedari lakukan kepada insan-insan yang berhampiran dengan kita. Bercucuran air mata,berlinangan membasahi pipi tanda keinsafan yang teramat sangat.

Dilihat satu aspek, memohon maaf di atas keterlanjuran kata-kata atau perbuatan itu memang dialu-alukan.Tapi tidak semudah itu untuk melupakan bekasnya yang begitu mendalam....Percayalah...saya rasa semua orang seperti itu.....walaupun berkali-kali maaf dihulurkan tapi kesan atau bekasnya masih ada .......Kita cuba untuk melupakannya tapi benarkah ianya semudah itu untuk melupakan?

Kadang-kadang kita terfikir...saat bersalaman,adakah pada tahun hadapan kita dapat bertemu kembali.Justeru, bersama itulah linangan air mata akan mengalir dan mungkin tahun ini tahun terakhir kita dapat bersalam-salaman antara satu sama lain.Memohon maaf tanda kita sedar apa yang telah kita lakukan selama ini.

Tangisan air mata yang mengalir itu mengambarkan kita benar-benar insaf atau sebaliknya.
Hanya Dia sahaja yang tahu....

PENA KASIH : Selalu bersalaman dengan hubby tanda kasih-sayang dan memohon maaf.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails