Monday, August 8, 2011

MENZIARAHI....

Selepas balik dari sekolah, saya dan hubby sempat singgah di rumah Ani untuk melihat keadaan emak.Kebiasaannya,kami melawat emak pada waktu malam tetapi disebabkan kami ke masjid untuk menunaikan solat terawih, kami menukar masa untuk melawat emak.

Emak masih lemah lagi......demamnya sudah hilang tetapi keadaannya lemah.Mungkin selera makannya berkurangan.Emak berkali-kali memaklumkan kerana dia tidak dapat menunaikan solat terawih seperti tahun-tahun dahulu.Kami selalu juga membawa emak pergi terawih jika dia tinggal bersama Ani.Tapi, pada tahun ini emak tidak terdaya untuk berdiri lama.

Hubby risau melihat keadaan emak....ubat yang diberikan melegakan juga kesakitan emak kecuali di bahagian lutut.Semoga emak cepat sembuh.....Kebetulan ada Umi sekurang-kurangnya dapat membantu emak.Dua hari emak tinggal di rumah kami sebelum ini.Dia begitu selesa dan lena apabila tidur di rumah kami.Rumah kami sebenarnya sunyi dari hiruk -pikuk.Tiada gangguan daripada sesiapa .Saya biarkan dia merehatkan diri di bilik Along.

PENA KASIH : Semoga emak cepat sembuh dan dapat mengubat kerinduannya pada Solat Terawih.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails