Wednesday, August 31, 2011

JALINAN KELUARGA

Di rumah abang Atim.Satu-satunya anak saudara ayah yang rapat dengan kami.Anak kepada abaang ayah dan kini ayah hanya tinggal seorang sahaja.Tiada kakak dan abang.







Di rumah Tok Ya.....Buloh Kasap.

Along dengan baby boy......comel.
Baby boy yang mempunyai ramai peminat...Tidak takut dengan orang dan mudah didekati.


Di rumah Pak Usu Jalil..........kunjungan pertama pada hari raya kedua.Mengeratkan perhubungan persaudaraan.Membawa anak-anak bersama agar mereka mengenali saudara mara sendiri.







Monday, August 29, 2011

RAYA PERTAMA

Di rumah mak cik Kuing Patah
Ke rumah emak mentua Shidah

Suasana di Kg Gelang Chinchin........
Husband with my cousin.


Putera-puteri kami


Cucu-cucu sebelah emak saya.
Keluarga saya.
Emak dan Ayah...sayang kalian.
Raya kali ini,kami mengambil keputusan untuk beraya di sebelah keluarga saya.Kalau tahun-tahun dahulu, kami beraya di sebelah hubby tapi atas permintaan someone, hubby mengambil keputusan untuk beraya di sini.I'm so happy.Thanks hubby.

Namun, kami tetap beraya di kampung hubby.Sebelah petang ,kami bergerak ke kampung hubby bersama-sama dengan Aman dan keluarganya tanpa emak bersama kerana kesihatan yang tidak mengizinkan.Kami tidak lama ke sana kerana hari sudah hampir petang.Namun, bersyukur kerana dapat bertemu dengan kedua-dua atok.Mereka nampak mesra antara satu sama lain.

Kami dijamu dengan pelbagai juadah dan rendang daging atok paling sedap.Perut sudah kenyang tapi nampak rendang atok ,sempat lagi saya menjamah ketupatnya.Memang hebat masakan atok.

Kemudian, kami bergerak ke rumah Mak Usu.Kami dihidangkan dengan lemang.Kali ini, saya tidak menjamah apa-apa kerana kekenyangan.Aman dan keluarganya nampak berselera dengan hidangan lemang.

Selepas itu, kami ke rumah Mak Cik di Kuing Patah .Tiada sesiapa kerana anak-anak mak cik tidak balik kecuali Taufik.Sampai di rumahnya pun sudah petang dan kami pun bergegas untuk pulang kerana kepenatan dan hampir Maghrib.Hanya yang ada bersama mak cik ialah 'maid'nya sahaja.

Berbalik pula kepada suasana raya di sebelah saya.Alhamdulillah ,kami dapat berkumpul bersama.Sungguh meriah bersama-sama dengan emak, adik dan anak-anak saudara.Selepas menikmati juadah di pagi raya, emak dan ayah ke rumah kami.Kami bergambar untuk kenang-kenangan.They are very sporting.Hubby sempat bergambar with my emak and ayah.

Kami bergerak secara konvoi ke rumah Mak Ngah.Dapat berjumpa dengan sepupu yang agak sukar untuk bertemu dan sempena hari rayalah kami dapat berkumpul.Nostalgia lama semasa kecil tetap kami kenang terutama dengan Ruzi dan Pizah.
PENA KASIH : Kenangan itu memang indah ......

PANGGILAN JAUH

From US......my boss called just bertanyakan keadaan dan situasi sekolah.Panggilan jauh lebih kurang jam 1040 pagi mengejutkan saya kerana sayup kedengaran suaranya.Di sana waktu ini adalah waktu malam.

Bertanyakan keadaan warga SKCC dan anak-anak murid.Setakat ini, alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan lancar.Siap meninggalkan pesan kepada saya supaya menjaga kesihatan dan jangan lupa makan ubat.Very caring dengan anak buahnya.

Saya faham keadaannya....hatinya tetap di SKCC.Sempat lagi bertanyakan solat hajat untuk murid-murid Islam UPSR.So, saya maklumkan kepadanya solat hajat akan diadakan pada minggu pertama naik sekolah iaitu hari Khamis.

Saya turut memaklumkan jangan bimbang kerana setakat ini semuanya berjalan dengan baik dan diharap my boss bercuti dalam keadaan yang tenang dan selesa.

PENA KASIH : Terubat rindu mendengar suaranya.

SYAWAL SEMAKIN HAMPIR.....

Syawal semakin hampir, Ramadhan bakal meninggalkan kita.Sayu hati untuk meninggalkan bulan yang begitu bererti.Terasa nikmatnya bulan Ramadhan .Selama sebulan menahan diri daripada makan dan minum, menahan mata dan lidah, menahan nafsu dan sebagainya.Syukur di atas nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.

Syawal yang bakal menjelma tidak sampai 24 jam lagi.Segala persiapan ala kadar sahaja.Sudah cukup.Alhamdulillah, bila mereka semakin membesar, mereka tidak meminta itu dan ini.Bagi mereka, sudah cukup dengan apa yang ada.Saya ajar mereka supaya hidup secara bersederhana.Kita perlu fikirkan kepada mereka yang tidak memiliki semua itu.Bermuhasabah diri.

Syawal kali ini , kami sekeluarga akan menghabiskan masa bersama keluarga di sebelah saya dan raya yang keempat kami akan bertolak ke Perlis.InsyaAllah, Kak long sekeluarga akan datang ke rumah kami pada hari raya ketiga sebelum kami bertolak ke Perlis.Banyak perancangan pada syawal kali ini.Jemputan itu dan ini sudah menanti terutama pada hari raya pertama.

PENA KASIH:Tiada apa yang paling indah,melainkan melihat mereka ceria di syawal tahun ini.


Sunday, August 28, 2011

DATARAN SEGAMAT

Buat pertama kalinya, kaki melangkah ke Dataran Segamat sejak terdirinya khemah sempena sambutan Hari Raya.Pelbagai barangan dijual di situ.Kebanyakannya kuih-muih dan juga baju-baju siap.

Selepas hubby balik dari tarawih, saya mengajaknya berjalan-jalan di dataran.Kesemua anak tidak mahu mengikuti kami sebabnya segala keperluan mereka telah siap.So, kami berjalan berdua sahaja.Ringkas dan mudah sahaja.

Walaupun hari semakin larut malam....tapi orang ramai berpusu-pusu ke dataran.Shopping di saat akhir sebelum Syawal tiba.Saya juga tidak terkecuali melihat setiap gerai yang terdapat di situ.Tertarik dengan jubah-jubah yang dijual.Hubby menawarkan kepada saya untuk membeli jubah jika berkenan.Tapi saya menolaknya kerana sudah memiliki jubah yang baru dibeli.

Waktu-waktu beginilah, saya bertemu dengan rakan-rakan lama.Bertegur-sapa sahaja kerana masing-masing ingin bergerak pamtas untuk membeli barang.

PENA KASIH :Seronok melihat gelagat manusia..

Saturday, August 27, 2011

IKATAN SILATURAHIM



Hari ini, masjid di tempat saya mengadakan kenduri.Rezeki penduduk kampung ini kerana ada yang memberi seekor lembu untuk dimasak bagi majlis berbuka puasa .

Sejak minggu lepas lagi, saya dan beberapa orang penduduk kampung mengadakan gotong-royong mencuci pinggan-mangkuk .Alhamdulillah, kini generasi muda ramai yang tampil untuk membantu golongan tua.Mereka mudah untuk diajak berunding dan melaksanakan tugas dengan baik sekali.

Sebelah petangnya diadakan majlis khatam Al-Quran dan juga tahlil.Hubby mengambil kesempatan dan peluang yang ada untuk turut sama dalam majlis tersebut dan seterusnya mengkhatamkan dirinya sendiri.Bulan puasa yang begitu penuh dengan nikmat dan peluang yang direbutkan untuk mendekatkan diri kepada Allah.Alhamdulillah, pada tahun ini Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk melakukan amal ibadah dengan baik sekali.

Lebih kurang pukul 6.30, kami menyiapkan persiapan untuk berbuka puasa bagi penduduk di sini.Alhamdulillah, ramai juga tetamu yang hadir untuk bersama-sama meraikan majlis tersebut.Yang pastinya dengan adanya majlis seperti ini, akan mengeratkan tali silaturahim antara satu sama lain.

PENA KASIH :Akan adakah pertemuan di bulan Ramadhan pada tahun hadapan?

Friday, August 26, 2011

SUDAH HAMPIR KE PENGHUJUNG.....

Ya....boleh dibilang dengan jari.Tinggal beberapa hari sahaja.Ya,Ramadhan sudah hampir ke penghujung.Sewaktu perjalanan pergi ke sekolah,kami mendengar corong radio memperkatakan tentang saat untuk meninggalkan bulan Ramadhan.Salah seorang pendengar telah menelefon dalam suasana yang sedih,menangis terisak-isak.Sedih kerana akan adakah lagi pertemuan untuk Ramadhan akan datang?Ya, begitu terasa sekali.Sebak sekali saya mendengarnya.


Hati saya mudah terguris,tersentuh, terasa sejak usia semakin meningkat.Semalam sewaktu melawat emak dan melihat wajah emak di saat untuk meninggalkan dia untuk balik bagi berbuka, ternyata merah mata emak.Saya turut sebak.Kalau Ramadhan yang lepas, emak selalu mengundang kami untuk berbuka di rumahnya.Tapi kali ini, emak tidak berdaya..kami mengerti. Alhamdulilah emak nampak lebih sihat.Hari ini, emak telah balik dari hospital.Sepanjang berada di hospital .emak kegelisahan .
Hari ini, emak akan berbuka di rumah kami dan buat pertama kalinya mereka berkumpul di rumah untuk bersama-sama berbuka sebelum Ramadhan meninggalkan kami.

Ramadhan begitu bermakna sekali.Bila dihayati banyak yang boleh kita rebutkan sepanjang bulan Ramadhan.Banyak amal ibadat yang boleh dilakukan........Semoga Allah permudahkan segala-galanya di saat Ramadhan meninggalkan kita.

PENA KASIH :Akan terasa rindunya bulan Ramadhan...




Thursday, August 25, 2011

MINAT DAN BERANI











Minat yang begitu mendalam dalam bidang ko-akademik dari peringkat rendah lagi sehinggalah ke hari ini.Lebih suka memasuki acara-acara seperti pidato dan juga sajak.Setiap kali hendak menyertai sesuatu program,kami selalu membantunya terutama dalam menyediakan isi-isi untuk digunakan dalam acara pidato mahupun sajak.

Keberaniannya terserlah sewaktu di sekolah tadika lagi.Pelbagai acara yang telah dimasuki sehinggalah ke pertandingan bercerita.Namun, bakatnya dapat dikesan oleh guru sekolah rendahnya iaitu Cik Wan.Selama ini pun saya tidak tahu yang dia begitu berminat dalam aktiviti seperti itu.Sehinggalah dia menyertai pertandingan bercerita Bahasa Inggeris di peringkat daerah dan mendapat tempat ketiga.

Kini, setelah melanjutkan pelajaran di IPG,minatnya diteruskan.Sebagai ibu , saya mendoakan yang terbaik untuknya.

PENA KASIH :Gementar tetap ada......

Tuesday, August 23, 2011

HARI KEDUA DI HOSPITAL

Selepas hubby habis kuliah, kami ke hospital untuk melawat emak.Kami faham, emak menantikan kehadiran anaknya.Waktu kami hadir, emak tidur dan kami biarkan dia tidur sehinggalah dia terjaga sendiri.Hari ini agak lewat melawat emak.Seusai memasak barulah saya bergerak meninggalkan rumah.Saya meminta Haziq menguruskan persiapan untuk berbuka andaikata kami terlewat.Alhamdulilah, anak mama faham dan apabila pulang semuanya sudah siap di meja.


Keadaan emak di hospital.Biasalah bila duduk lama di hospital,hati tetap ingatkan rumah.



Sempat lagi berposing.......nak ceriakan hati emak.Ajak emak bergambar dan dia tidak menghampakan hati kami.

Emak nampak lebih sihat hari ini.Tapi masih tidak dibenarkan pulang sehingga keputusan darah diperolehi.Hasrat untuk ke Melaka pada hari esok kami batalkan kerana hubby tidak mahu emak ternanti-nantikan kehadiran anaknya apabila waktu melawat tiba.Hati seorang ibu sudah tentu sedih apabila melihat katil orang lain penuh dengan kehadiran anak.So, hubby kata kita korbankan hasrat itu untuk melihat emak ceria dengan kehadiran anaknya.


Hari ini, emak banyak bercerita.Rakan-rakan di sebelah dan hadapannya akan pulang pada hari esok.Tinggalkan emak keseorangan. Tapi saya begitu kagum melihat seorang remaja lelaki yang menjaga emaknya yang menderita sakit diabetes,buah pinggang dan darah tinggi.Matanya tidak langsung terlepas daripada memandang wajah emaknya.Emak mengatakan dari malam semalam dia menjaga emaknya.Sempat saya berbual dengan remaja tersebut.

Hari ini juga emak menerima hamper sempena menjelang hari raya daripada skuad sayang pergerakan wanita UMNO dan semalam menerima juga hamper daripada YB Othman Jais.Terima kasih di atas keprihatinan yang ditunjukkan.

Kemudian, emak memaklumkan kepada saya yang dia hendak puding berkuah.So, sewaktu perjalanan balik dari hospital, kami singgah di bazar untuk membeli puding.Kemudian, selepas berbuka, hubby meminta saya menghantarkan puding kepada emak.Saya bersama dengan Haziq ke hospital dan bertemu dengan Ani.Lama juga kami bersembang di sana dan hampir 9.45 malam baru saya beredar dari perkarangan hospital.Rasa puas melihat emak makan puding sambil mempelawa anty yang duduk bersebelahannya makan bersama.

Mungkinkah raya ini kami akan ke JB bersama-sama emak pada hari raya pertama ?Emak telah menyuarakan hasratnya untuk beraya di Johor pada tahun ini.Hubby pun bersetuju dengan cadangan emak untuk beraya di kota pada tahun ini.

PENA KASIH : Ikut sahaja ke mana emak hendak pergi........

Monday, August 22, 2011

MACAM-MACAM DALAM SATU HARI

Hari ini kena attend 2 meetings dalam satu hari.First meeting dekat SK Maharaja Lela .It's about Audit Akademik dan menjelang peperiksaan UPSR.Saya menggantikan my boss yang kini bercuti panjang untill the first week of September.Banyak perkara yang perlu saya uruskan dan maklumkan kepada guru-guru.Tindakan pantas sebelum cuti.

Lebih kurang pukul 1.00 habis, saya terus balik ke rumah sebelum attend another meeting at PPD .Yang ini berkaitan E-Gtukar.Dalam keadaan yang tiada bekalan elektrik sedikit sebanyak akan ada ketidakselesaannya.Tapi syukur, Allah mendengar rintihan hambaNya.Cuaca yang agak redup dan tiupan angin menghilangkan rasa ketidakselesaan itu.Selagi lagi tindakan segera perlu diambil dan dimaklumkan kepada guru-guru.Banyak sebenarnya info yang perlu saya ambil tindakan terutama berkaitan MBMMBI yang akan diadakan pemantauan pada bulan September nanti.Semoga Allah permudahkan urusan saya dan rakan-rakan sekolah .

Hari ini, emak memasakkan untuk saya.Thanks emak kerana memahami kesibukan anaknya.
Habis meeting kali ini agak cepat sedikit so my hubby sudah menunggu saya untuk melawat emak di hospital.Sebelum itu, saya singgah di bazar untuk membeli makanan untuk dibawa ke hospital.Lama juga kami di hospital.Melayan perbualan emak.Nampak ceria sedikit di wajah emak.Tapi emak sedih........ada kalanya berlinangan air mata.Saya meminta emak jangan memikirkan yang bukan-bukan.My hubby pun meminta emak merehatkan diri di sini.
Ingatkan malam ini, saya hendak menemani emak di hospital tapi emak tidak mahu.Dia kata dia boleh berjalan dan ada teman di sebelah.Saya ingatkan untuk bersama emak sehingga jam3 3.00 pagi dan hubby akan mengambil saya untuk menyediakan makan sahur .Tapi emak kata tak perlu menemaninya.Selepas itu, saya mengambil abang Nasir untuk duduk bersama kami sepanjang emak di hospital.Kami doakan semoga emak sihat seperti sedia kala.

PENA KASIH :Naluri seorang ibu.............


Sunday, August 21, 2011

TERKEJUT....

Hari ini, saya membawa emak dan adik ke Melaka.Berjalan-jalan sambil membeli beberapa barang untuk anak.Pukul 8.00 lebih kami bertolak dan sampai di sana lebih kurang jam 9.40 petang.Jalan yang tidak sibuk dan pemanduan yang agak perlahan sahaja.

Kami singgah di Mahkota Parade .Keadaan masih lenggang sahaja kerana orang belum ramai lagi.Lebih kurang 2 jam lebih kami di sana sebelum bertolak ke JJ untuk membeli pakaian anak lelaki.Ramai juga rakan-rakan Segamat yang kami temui.Kalau di Segamat kami jarang bertemu tapi di sana kami dapat bertemu.Masing-masing membeli barangan untuk persiapan hari raya.Hubby melayan sahaja karenah anak bujang kami.Kini, giliran mereka pula dan kami hanya membuat persiapan ala kadar sahaja untuk diri sendiri.

Kami singgah di MITC untuk bersolat sebelum bertolak pulang.Kami sampai tepat jam 5.30 petang dan lantas kami menyediakan juadah untuk berbuka puasa.Semuanya begitu pantas sekali.Tiga orang chef memasak tiga jenis masakan yang berlainan sudah cukup untuk juadah berbuka kami.Ayah yang setia menunggu rumah sempat memasakkan nasi untuk kami.Hari ini,saya berbuka bersama emak dan ayah.Masakan simple tapi enak untuk dimakan.Syukur alhamdulillah.......

Hari ini, agak cepat sekali saya tidur sehinggalah deringan telefon memeranjatkan saya.Rupa-rupanya my MIL yang menelefon dan memesan beberapa perkara kepada saya.Saya tengok jam...jarum menunjukkan ke arah angka 5.Lantas saya memaklumkan kepada hubby dah dekat nak bersahur ni.Kenapa lambat kejut.Mereka berdua mentertawakan saya kerana jam baru pukul 11.25 malam.Saya amati betul-betul dan ternyata memang benar jam 11.25 pagi.Lalu mata tidak mahu tidur kerana kejutan deringan telefon tersebut.

Bila saya amati betul-betul, itulah nikmat yang Allah berikan kepada kami.Semalam, saya terjaga jam 2.00 pagi.Lalu saya buka tingkap rumah dan saya lihat suasana di luar rumah.Sejuk dan nyaman sekali.Saya terus mengambil wuduk.Selesai semuanya, mata masih tidak mengantuk dan saya kejutkan anak untuk bersahur.Hubby dengan halnya tersendiri dan saya biarkan dia di kamar tamu.

Hubby mengatakan walaupun dia tidak tidur dari jam 3.00 pagi tapi matanya tetap segar sepanjang perjalanan ke Melaka.Itulah nikmatnya..saya bersyukur teramat sangat kerana niat di hati untuk bangun di tengah-tengah malam...terjaga dengan sendirinya.Alhamdulillah...

PENA KASIH:Mempertingkatkan amal ibadah..............




Saturday, August 20, 2011

TV HIJRAH




Saban tahun,mereka yang kurang bernasib baik akan dibantu terutama menjelang Hari Raya Aidil Fitri.Baru-baru ini,ayah saya menerima kunjungan daripada TV Hijrah untuk program Khidmat Syariah bagi melihat perkembangan salah seorang penduduk kampung yang pernah di war-warkan suatu masa dahulu.

Kalau tidak silap saya sudah tiga kali ayah dikunjungi untuk mendapatkan berita tentang kelahiran 7 anak yang mempunyai cerita tersendiri.Ayah bersama-sama dengan Dr Lee Hong Tee,wakil rakyat kawasan Jementah telah mengunjungi rumah tersebut untuk menyampaikan bantuan kepada keluarga berkenaan.

Semoga dengan bantuan yang diberikan ini dapat meringankan bebanan keluarga berkenaan.

PENA KASIH :Turut simpati....

RIBUT

Semalam kami berbuka dalam suasana yang gelap...tiada cahaya bersinar menerangi meja makan kami.Hanya menggunakan lilin sahaja.Teringat sewaktu dahulu, tiada kemudahan bekalan elektrik.Yang ada hanya lampu gas dan pelita.Keadaan ini mengingatkan kami suasana berpuluh tahun dahulu.Syukur di atas nikmat yang Allah berikan.Kami diuji dalam masa yang sekejap sahaja tapi dapat berbuka dengan suasana yang aman dan tenang.

Banyak juga kawasan yang terlibat.Antaranya Kg Berata, Lubuk Batu, Temenggong, Taman Bendaraha, Tanjung Sengkawang dan kawasan Batu Badak.Selepas solat Maghrib, hubby mengajak kami solat tarawih di Surau Temenggong atau Lubuk Batu.Namun,keadaannya sama seperti di tempat kami.So, kami mengambil keputusan bersolat di Masjid Jamek.Alhamdulillah dapat melakukannya dengan tenang sekali walaupun sebelum itu di luar kelihatan kedengaran bunyi ambulan dan kereta bomba begitu sibuk sekali.Kami ingatkan ada kemalangan berlaku.

Rupa-rupanya,Kg Paya Pulai dilanda ribut yang agak teruk sebelum berbuka puasa.Untuk mendapat khabar berita, lebih kurang pukul 5.00 pagi, saya menelefon Mak Ngah untuk mengetahui kejadian sebenarnya.Alhamdulillah Lina mengangkat telefon dan memaklumkan rumahnya hanya mengalami kerosakan di bahagian luar sahaja.Lebih kurang 32 buah rumah terlibat dengan kejadian ribut tersebut dan atap rumah kebanyakannya diterbang angin.Malah ada rumah yang rosak teruk .Lina memaklumkan keadaan ketika itu amat menakutkan kerana angin bertiup kencang malah ada rumah yang dihempap pokok.Rasa simpati menyelubungi perasaan kami .InsyaAllah, saya akan ke sana bersama hubby.

PENA KASIH :Rasa simpati.....

Friday, August 19, 2011

ISTIMEWANYA....

Dalam minggu ini sahaja, saya hanya berkesempatan bersama dengan anak murid lebih kurang 2 hari.Selebihnya, saya terpaksa menguruskan urusan pentadbiran,menghadiri taklimat itu dan ini kerana ketiadaan bos.Namun, jika ada peluang saya bertukar-tukar masa dengan kawan, saya lakukan agar mereka tidak ketinggalan dalam mata pelajaran saya.

Hari ini, saya begitu terharu mendengar seorang pelajar istimewa bertanyakan kepada saya:

"Cikgu, hari-hari cikgu tiada.Cikgu pergi mesyuarat ke?"Itulah luahan seorang pelajar istimewa.
"Hari ini, cikgu tidak pergi ke mana-mana.Selalunya cikgu pergi mesyuarat itu dan ini,"kata saya.
"Kenapa?"
Saya selalu tengok cikgu tiada....cikgu sibukkan?

Lagi terharu kerana setiap kali saya tidak masuk ke kelas kerana menghadiri mesyuarat ,dia mesti bertanyakan kepada cikgu lain ......mengapa saya tiada di sekolah.
Hari ini sahaja dia duduk bersebelahan saya sambil membuat kerjanya.Saya tidak minta untuk dia duduk di sebelah saya tetapi dia sendiri datang dan membawa kerusi untuk duduk bersebelahan dengan saya.Jika tidak dia akan memberontak dan bercakap itu dan ini sambil menjerit.
Saya biarkan dia duduk bersebelahan sambil memerhati dia membuat kerja.

"Hari ini saya hendak cepat-cepat siapkan kerja cikgu,"katanya.
"Baguslah macam tu...........," kata saya.
Istimewanya ialah dia tidak pernah memandang wajah saya setiap kali saya mengajar tetapi dia akan mendengar apa yang saya cakap.Lepas itu, dia akan menjawab soalan dengan tepat sekali jika dibandingkan dengan pelajar lain.
Walaupun berlainan bangsa tetapi setiap kali hendak balik dia akan bersalam dengan saya.Cikgu, saya hendak salam dengan cikgu.Mungkin itu satu kepuasan pada dirinya.

Apabila saya memulakan pengajaran saya, dia selalu bercakap, malam tadi saya mimpikan cikgu.Saya ingat cikgu.......cikgu pandaikan.Cikgu belajar tadika, kemudian cikgu masuk primary school, secondary school and then university.Cikgu selalu sebut...Usaha Tangga Kejayaan.Saya biarkan dia bercerita sekejap untuk memuaskan hatinya.Jika tidak dia akan memberontak.Istimewanya dia ......dia difahami oleh rakan-rakannya.
Itulah kanak-kanak istimewa..............

PENA KASIH :Dulu garang tapi kini sudah slow down ............

Monday, August 15, 2011

TUGAS PERTAMA

Hari ini, saya bersama-sama beberapa orang guru besar dari Segamat menghadiri satu taklimat bersama pengarah menjelang peperiksaan UPSR di UTHM.Bertolak dari Segamat jam 7.15 pagi dan sampai tepat jam 9.00 pagi.

Perjalanan agak kurang lancar kerana banyak sangat lori pada hari ini.So.lebih banyak mengikut lori sahaja.Berhati-hati di jalan raya...............Biasalahkan nak raya.

Buat pertama kalinya menjalankan tugas kerana my boss is not around.Nearly one month saya terpaksa memangku tugas guru besar.Besar tanggungjawabnya dan amanah yang perlu dilaksanakan.Apatah lagi anak-anak murid yang akan menduduki peperiksaan.Pastinya setiap apa yang kita lakukan ialah untuk anak murid.Itu yang penting.Saya percaya kepada guru-guru saya ,mereka sememangnya menjalankan tugas yang telah diamanahkan dan dipertanggungjawab.Tiada murid tiada kita.Semoga usaha-usaha murni daripada guru-guru sekolah ini akan membuahkan sesuatu yang baik untuk anak didik.

Banyak info yang saya perolehi daripada perjumpaan ini dan juga guru besar.Pastinya kita perlu berfikiran positif bagi seorang pemimpin dalam sesebuah organisasi.Untuk membentuk sesebuah organisasi yang cemerlang, kita perlu menghadapi pelbagai cabaran.Ilmu lagi .......

Hari Rabu ke Muar bersama-sama PT berkaitan dengan audit.Mudah-mudahan sekolah saya tiada masalah dalam bahagian ini .Semoga Allah permudahkan urusan saya sepanjang saya memangku kerana ketiadaan guru besar.

PENA KASIH:Mentelaah sebuah buku berkaitan dengan teknik berfikir dan kawalan emosi...

Friday, August 12, 2011

MASAK

Bulan puasa adalah bulan yang dinanti-nantikan.Bukan juadah berbuka yang difikir-fikirkan untuk dimasak sewaktu berbuka.Masakan yang simple sahaja dan saya setakat ini tidak begitu teruja untuk ke Bazar Ramadhan seperti tahun-tahun lalu.Kali ini, masak sendiri dan membeli dua jenis kuih sahaja.Sudah cukup bagi kami.

Semalam setelah siap masak, emak mempelawa kami berbuka di rumahnya.Semuanya dibawa ke sana.Walaupun masakan simple tetapi bila berbuka secara beramai-ramai seronok jadinya.

Hari ini kami bergerak ke pasar tani agak lambat setelah mengemas rumah.Hubby terjumpa his best friend semasa di Jengka 2.Cikgu Kadir Rajak.....bila dah berjumpa, berbual-bual panjang sehingga apa yang hendak dibeli pun tiada.Lauk-pauk banyak yang sudah habis.Tiada pilihan.Mereka bertemu di kedai menjual buku-buku agama.Masing-masing memborong buku untuk menambah ilmu.Sempat juga dia mengajak kami ke rumahnya di Bumbun.

Sudah 13 hari berpuasa dan sehingga kini semuanya dimasak sendiri.....Every day my daughter will be ask me apa yang dimasak.....saya tahu mungkin dia merindui masakan kami.Saya katakan mama masak paling simple dan masakan seperti biasa.

PENA KASIH :Untuk mengikat kasih sayang antara satu sama lain..bacalah selawat sewaktu memasak.Inilah yang pernah saya dengar di corong radio dan melalui ustaz,Amalkanlah...

Tuesday, August 9, 2011

USIA



Tahun berganti tahun..usia semakin bertambah.Itulah realiti yang perlu kita terima dan lalui.Bersyukur kerana masih diberi peluang untuk melihat muka bumi ini,melihat wajah suami, ibu bapa, mertua ,anak-anak dan ahli keluarga.

Hari ini, usia saya menginjak lagi.Tidak mengundur ke belakang sebaliknya maju ke depan.Pagi lagi hubby dah wish happy birthday kepada saya.My daughter juga menghantar sms pagi lagi .Terima kasih semuanya atas ingatan itu.Mama sayang kalian....

Seperti biasa,setiba di sekolah..biasalah waktu pagi.Motivasi daripada my boss.Memuji saya .....saya sekadar tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas pujian itu.Semangat di pagi hari.Minggu depan my boss nak gi oversea...so sebelum berangkat pergi dia menyerahkan tugas memangku kepada saya.Semasa dia membelek-belek tarikh lahir saya....dia terberhenti seketika dan seperti memikir-mikirkan sesuatu sehinggalah dia memberikan ucapan kepada saya.That's why la..u pakai cantik hari ini.Saya memang sentiasa cantik...hehehhe.Lawak di pagi hari antara kami dan staf sokongan.Dua minggu dia meninggalkan kami untuk ke US melihat anaknya menerima konvokesyen.

Ada sesuatu yang begitu terharu hari ini...biarlah ia menjadi rahsia saya.Dah tua-tua ni, kadang-kadang kita akan mudah tersentuh hati.Tersentuh atas penghargaan seseorang kepada kita.Biasalah.....saya simpan di dalam hati.

Sampai sahaja rumah, deringan telefon berbunyi.Apiz menelefon sambil memberikan ucapan "Selamat Hari Lahir ,Uda Mok.
Uda,Uda nak hadiah tak?So, saya jawab....Uda tak nak hadiah tapi Uda nak Hapiz.Marah sungguh dia kepada saya kerana tidak menjawab soalannya dengan tepat.Akhirnya, dia memberikan jawapan sendiri..Uda nak coklet, ya.Saya tetap mengatakan saya tidak mahu itu semua tapi Uda hendak Apiz.....bla..bla...bla..akhirnya saya meminta izin memutuskan perbualan kami.

SMS tak berhenti-henti diterima mengucapkan selamat hari lahir....terima kasih semuanya.
Hari ini, dapur tidak berasap.Hubby memberi peluang kepada saya untuk berehat hari ini.So,hajatnya untuk membawa saya berbuka di luar tapi my MIL telefon memaklumkan Ani mengajak saya berbuka di rumahnya.Agak mengejutkan mendengar suara mak yang agak ceria hari ini.So...hati mereka dijaga dan tidak mahu menghampakan harapan mereka.Kami batalkan hasrat untuk berbuka di luar.Ke rumah Ani...berbuka beramai-ramai.Umi menyediakan juadah Kuey-tiaw Hong Kong.Berselera hubby makan.Nampak emak agak segar hari ini.Mudah-mudahan emak cepat sembuh.Ani membeli KFC....Alhamdulillah bersyukur di atas nikmat yang diberikan olehNya.

Saya tidak lama di sana kerana perlu berkejar untuk balik ke rumah bagi menunaikan Solat Terawih di masjid.Kasihan tengok emak yang agak terkilan kerana tidak dapat menunaikan solat terawih atas sebab kesihatan yang tidak mengizinkan.

Pena Kasih: Terima kasih buat hubby, anak-anak ,kaum keluarga,rakan-rakan yang jauh dan dekat serta pelajar-pelajar yang mengenali saya atas ucapan "Happy Birthday" .

Monday, August 8, 2011

MENZIARAHI....

Selepas balik dari sekolah, saya dan hubby sempat singgah di rumah Ani untuk melihat keadaan emak.Kebiasaannya,kami melawat emak pada waktu malam tetapi disebabkan kami ke masjid untuk menunaikan solat terawih, kami menukar masa untuk melawat emak.

Emak masih lemah lagi......demamnya sudah hilang tetapi keadaannya lemah.Mungkin selera makannya berkurangan.Emak berkali-kali memaklumkan kerana dia tidak dapat menunaikan solat terawih seperti tahun-tahun dahulu.Kami selalu juga membawa emak pergi terawih jika dia tinggal bersama Ani.Tapi, pada tahun ini emak tidak terdaya untuk berdiri lama.

Hubby risau melihat keadaan emak....ubat yang diberikan melegakan juga kesakitan emak kecuali di bahagian lutut.Semoga emak cepat sembuh.....Kebetulan ada Umi sekurang-kurangnya dapat membantu emak.Dua hari emak tinggal di rumah kami sebelum ini.Dia begitu selesa dan lena apabila tidur di rumah kami.Rumah kami sebenarnya sunyi dari hiruk -pikuk.Tiada gangguan daripada sesiapa .Saya biarkan dia merehatkan diri di bilik Along.

PENA KASIH : Semoga emak cepat sembuh dan dapat mengubat kerinduannya pada Solat Terawih.

Saturday, August 6, 2011

BERKUMPUL.....

Buat pertama kalinya setelah 6 hari berpuasa, kami berbuka di rumah Ani di IOI.Paginya,kami ke Batu Anam mengemas rumah my mil with Kak Long and hubby.Lama juga my MIL meninggalkan rumah Batu Anam coz dia tidak berapa sihat setelah hampir 20 hari lebih demam tanpa kebah-kebah.

So,setelah siap mengemas rumah,menghantar kak Long balik ke IOI.Both of my nephews followed us.Tau ajalah Apiz,mainan tetap menjadi permintaannya tapi kali ini his Uda tidak berapa layan sangat.Bukan apa, baru dibeli mainan yang agak canggih oleh my MIL.Akhirnya dia mengalah tanpa kata apa-apa.

Kami selalu juga melihat my MIL.Melihat keadaan kesihatannya.Nampak sangat keletihan badannya.Mungkin demam yang agak lama menyebabkan keadaannya lemah.So,setelah mendengar radio IKIM berkaitan dengan ubat untuk mengurangkan sakit kaki my MIL,hubby membuat panggilan ke KL untuk mendapatkan info berkaitan dengan ubat itu.Alhamdulillah di Segamat ada dijual dan hubby berurusan dengan penjual itu sebaik sahaja menjemput saya dari sekolah pada hari Jumaat lalu.My MIL kata ada perubahan sedikit dan hari ini saya lihat my MIL lebih bertenaga sedikit daripada selalu.Mudah-mudahan emak cepat sembuh.

Kebetulan emak saya membuat sup, so teringatkan my MIL teragak hendak makan sup daging, minta sedikit untuk my MIL.Rezeki my MIL...berselera dia makan.Hubby risau juga melihat keadaan emak yang tidak berselera untuk makan.Kak Long balik dari JB semata-mata untuk melihat emak yang agak kurang sihat.Kami selalu bertanya khabar tentang emak dan mendoakan agar emak sentiasa sihat seperti sedia kala.

PENA KASIH :Jasa ibu tetap dalam ingatan.........

Thursday, August 4, 2011

MENGHARGAI.....

Apabila disebut perkataan menghargai..banyak pengertiaanya.Menghargai masa,menghargai usia, menghargai pemberian malah pelbagai lagi yang boleh kita renungkan sebagai panduan kehidupan kita.

Apabila Ramadhan tiba, kita menghargai bulan tersebut.Kita gunakan bulan tersebut dengan sebaik mungkin.Banyak fadhilat yang kita perolehi daripada bulan tersebut.Kejarlah selagi kita mampu melakukannya.Gunakanlah masa dengan sebaiknya untuk mendapat sebanyak-banyaknya pahala.Pastinya kita lakukan dengan niat yang baik.

Hubby selalu memberikan tazkirah kepada my son setiap kali kami makan bersama-sama sebelum berbuka.Saling ingat-mengingati untuk renungan bersama.Hubby juga mengingatkan saya selalu supaya menghubungi my daughter mengingatkan dirinya yang jauh di sana.Jaga perlakuan , tutur kata dan mengerjakan solat.Apa lagi yang diperlukan ..bersyukurlah dengan apa yang ada.

My boss always mengingatkan saya akan pentingnya menghargai seseorang.Amalan mengucapkan terima kasih sudah cukup sebagai salah satu tanda kita menghargai orang.Saya banyak belajar daripadanya.Give and take......itu yang saya selalu ingat.Apabila orang memerlukan kita, kita berikan apa yang semampunya pertolongan begitulah sebaliknya.

Begitulah amalan yang kami lakukan sebagai pasangan suami-isteri.Saling menghargai antara satu sama lain.Apabila usia semakin meningkat, apabila banyak yang kita pelajari, apabila banyak yang kita dengar, banyak pula kekurangannya.Apa lagi, kita perlulah lihat kelemahan diri kita dan perbaiki kelemahan itu dengan sebaik-baiknya.


PENA KASIH :Sentiasa menghargai...walaupun tidak dihargai.

Wednesday, August 3, 2011

RINDU MASAKAN SEORANG IBU...

My daughter tiba-tiba mengadu rindu dengan masakan orang Segamat.Menjadi kebiasaan bila berjauhan,itulah yang dialami.Akan tiba masanya kita rindu semuanya.

Begitulah yang dialami oleh my daughter....dua tahun berpuasa di tempat orang.Dua tahun berpuasa tanpa keriuhan ahli keluarga..hanya ditemani rakan-rakan.Semua itu mengamit memori yang indah suatu hari nanti.Akan terkenang-kenang sewaktu kita pernah merantau di tempat orang.Begitulah saat indah itu dialami oleh Along.Biarkan ianya menjadi kenangaan manis untuknya suatu hari nanti.Biarlah memori itu terpahat dalam diari hidupnya.

Mungkin seronok atau tidak,saya tidak pasti.Hanya dia sendiri yang mengalaminya.Kini, setiap hari ,dia akan menelefon saya.Bercerita itu dan ini.Saya biarkan dia bercerita.Cerita yang penuh dengan pelbagai ragam hidup di sana.Mungkin kerinduan kampung halaman akan terus dirasai di akhir-akhir untuk kembali bercuti selama seminggu nanti.Mungkin kerinduan itu memuncak apabila berkumandanganya lagu-lagu Hari Raya.Semuanya mengamit kenangan indah.

PENA KASIH: Rindu seorang ibu terhadap anak...........tiada siapa yang tahu.


Monday, August 1, 2011

DIUJI.......

Sejak dari semalam lagi, my son mengadu tidak berasa selesa dengan keadaan perutnya.Saya selalu mengingatkannya supaya mengurangkan memakan makanan yang pedas.Setiap kali saya kurangkan pedas, mesti dia merungut.Dia sukakan masakan pedas.

Semalam, saya hanya menggorengkan ayam sahaja untuk mengelak daripada memakan masakan pedas.Lantas,terlalu sedikit nasi yang disentuhnya kerana kurang berselera.Saya mengingatkannya bahawa kita perlu bersyukur dengan apa yang ada.Jangan sesekali merungut itu dan ini.Dia terdiam seketika........

Hari ini, sakitnya berulang lagi tapi masih berupaya meneruskan puasanya sehingga petang.Alhamdulillah, nampak sangat sakit dan keletihan yang dialaminya tetapi masih ingin meneruskan puasa.Sayang katanya.Saya cuba bertanya adakah masih bertahan lagi?Dia tetap mengangguk disebalik menahan kesakitan.Masih mampu bersolat di masjid bersama ayahnya walaupun dia memaklumkan kepada saya dia hampir pengsan.Tapi masih bersemangat.

Malam tadi, selepas berbuka puasa saya sendiri membawanya ke klinik untuk mendapatkan rawatan.Doktor kata dia mengalami keracunan makanan.Tak tahulah apa yang dimakannya semasa kami ke JB.Kini, dia lebih berhati-hati untuk makan.Dia tidak mahu perkara itu berulang kepadanya.

PENA KASIH:Menahan kesakitan kerana sayangkan puasa..........

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails