Sudah lama aku tidak up-date blog.Hendak kata sibuk, semua orang sibuk.Namun, aku terpaksa mendahulukan apa yang wajib aku buat dan meninggalkan seketika blog aku ini.Memang aku sayang dengan penulisanku tapi terus terang aku katakan kini banyak perkara yang perlu aku utamakan.
Kerja-kerja hakiki yang semakin bertambah dan memerlukan komitmen aku menyebabkan aku mendiamkan diri buat seketika.Rutin pagiku sememangnya begitu padat..perbincangan itu dan ini, menyiapkan itu dan ini, membereskan itu dan ini.....Bukan rungutan tapi tuntutan utama menjadi aku lebih menumpukan pada tugasan aku.
Hujung minggu yang dipenuhi dengan undangan majlis perkahwinan dan juga bacaan Yassin juga tidak aku tinggalkan...Hakikatnya itulah realiti kita apabila semakin tua....sudah sampai masanya untuk kita terus mendekati diri kepadaNya.
Anak-anak didikku yang memerlukan perhatian daripada seorang 'ibu'.Pelbagai kertas disediakan untuk mereka.Kadang-kadang rasa sedihpun ada apabila hasil kerja mereka tidak memenuhi kehendak aku tapi aku terpaksa menerima kenyataan..ibu bapa sekarang semakin sibuk.Ruang untuk mereka bersama anak-anak juga semakin singkat....Justeru,sebagai seorang guru yang hanya beberaja jam sahaja bersama mereka digunakan dengan sepenuhnya membantu anak didik.Puas hati apabila mereka menyiapkan kerja tapi hati akan hancur apabila kerja-kerja tidak disiapkan.
Cabaran sebagai seorang guru memang tidak dinafikan sejak akhir-akhir ini.
PENA KASIH:
Dunia pendidikan masih terus diminati walaupun pelbagai cabaran ditempuhi.
No comments:
Post a Comment