Sunday, March 17, 2013

1Million Women Purple Walk.

Hujung minggu diisi dengan program 1 Million Women Purple Walk.Sesudah subuh,aku bersiap-siap untuk ke padang.Mula-mula nak pandu sendiri kereta tapi che Abe aku telah mengambil keputusan untuk menghantar isterinya....seronoknya sebab aku memang malas hendak memandu kereta.
Emak aku turut sama pergi untuk menjayakan program tersebut.

Sampai sahaja aku terus mencari tempat pendaftaran untuk mendapatkan t-shirt percuma.Kemudian, aku menukar pakaian untuk turut sama dalam program yang diadakan.Ramai juga aku jumpa.Kawan-kawan mahupun saudara sebelah che Abe aku.
 Aku bersama-sama emak saudaraku......dia lagi maintain daripada aku..waaaaaa

Emak mentua pula dibawa oleh che Abe untuk turut sama dalam program tersebut.Aku yang berada di padang telah mengikuti program tersebut.Letih juga mengikut rentak ala poco-poco.Sakit juga seluruh badan.Maklumlah dah lama tidak buat semua aktiviti tersebut.Tapi seronok juga.....

My daughter  also ada bersama yang baru balik dari Perlis untuk menjalani praktikum di Segamat.

Setelah selesai semuanya aku pulang ke rumah.Baru terasa letihnya...

PENA KASIH:

Seronok sesekali mengisi hujung minggu dengan program seperti ini...

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails