Semalam merupakan hari yang penuh dengan pelbagai program.Pagi lagi aku dan che Abeku mengemas rumah emak aku.Memang rutin aku,suka mengemas dan dapat suami pulak rajin mengemas dan tidak suka melihat rumah berserabut...thanks che Abe.Love u so much....
Selepas mengemas, bekejar ke Rumah Rakyat Batu Anam dan Spang Loi.Meneman emak ke majlis perkahwinan di situ.Bertemu pula Menteri Sumber Manusia...sempat lagi emak berbual dengan beliau.Bertanya beberapa perkara untuk mendapatkan penyelesaian.
Kemudian, aku bekejar balik ke rumah emak aku untuk bersama-sama dalam program perjumpaan bersama Ahli Parlimen Segamat dan Adun Segamat.Terkejar-kejar aku...apa-apa pun terima kasih kepada YB yang sudi hadir ke Teratak Mercu untuk bersama-sama dengan penduduk kampung.Mendengar luahan daripada penduduk kampung.
YB mengintai apa tu......
Anak perempuanku sempat bertanya dengan masalah posting graduan dari IPG...jawapan yang positif daripada YB.Hanya perlukan kesabaran sahaja.
Sempat lagi aku berbual dengan beliau bertanyakan penempatan untuk keluaran nursing college yang sehingga kini tiada sebarang maklumat untuk mereka.
PENA KASIH:
Puas hati..
No comments:
Post a Comment