Sejak akhir-akhir ini, sekolahku sering dilawati..baru nak bernafas sekejap dan memberikan tumpuan kepada tugasan hakiki terpaksa melayan yang lain pula.Tiada rasa kepuasan pada diriku sendiri.Macam-macam yang perlu disediakan..alangkah bagusnya andaikata tumpuan kepada kerja hakiki untuk membantu murid-murid yang lemah.Padaku, aku lebih suka kepada kerja-kerja tersebut daripada sibuk dengan perkara-perkara lain.
MMI menjadikan aku lebih teruja untuk bersama murid-muridku.Memberikan sepenuh perhatian kepada anak didik yang perlu diberikan perhatian dan dorongan serta bimbingan kepada mereka.Tapi hendak buat macamana..semuanya perlu dilihat dan dipantau.
Kadang-kadang aku sendiri tidak tahu yang mana satu perlu disiapkan.Pelbagai perkara yang hendak disiapkan walaupun sebenarnya hanya perlu sedikit sahaja dikemas kini.Tapi biasalah...bila yang ini datang macam-macam yang hendak disediakan...66 perkara perlu diberikan perhatian.
Hujung minggu memerap di dalam rumah.Menyiapkan pelbagai kerja dan setiap orang mahukan yang terbaik termasuklah diriku.Cuba untuk melakukan yang terbaik..Penyudahnya masa rehatku bersama family pun tiada.
PENA KASIH:
Dunia pendidikan semakin mencabar
No comments:
Post a Comment