Tuesday, February 19, 2013

13 TAHUN

Lebih kurang 13 tahun meninggalkan bumi Jengka 4 dan buat pertama kalinya kaki ini melangkah ke sini pada 17.2.2013.Rasa melonjak-lonjak hati ini ingin melihat suasana tempat kerja pertamaku.Nampaknya masih tidak banyak yang berubah .Jalan masuk ke tempat itu masih seperti dahulu.Terbayang di wajah aku ketika itu yang terpaksa berjalan kaki sejauh 4 km untuk sampai ke sekolah.Maklumlah menumpang orang kerana jalan di luar dibaik pulih.Suamiku pula tidak dapat menghantar kerana tuntutan kerjanya yang memerlukan dia berada di sekolah .Aku akur  kerana suamiku sememangnya orang yang menepati masa bekerja.Aku terpaksa mengalah kerana kedudukan rumahku dengan tempat kerjaku agak jauh.

Jalan masuk ke kawasan sekolah.......

Inilah sekolah tempat aku mencari rezeki setelah aku menolak permohonan mengajar di Pemanis 2 kerana mengikuti suamiku ke Pahang.Sekolah ini semakin ceria dan bersih.

Sempat aku mencatatkan memori bersama Kak B dan Nana.Kak B merupaka PRA sekolah ketika itu dan setiap kali aku mengajar dia akan menjengah aku dari tingkap cermin.Bila suara aku meninggi sedikit dengan anak didik aku,dia akan mengintai dari cermin tingkap...Kini Kak B tidak sekuat dahulu tapi masih dipanggil untuk menjadi pengadil bagi perlawanan bola jaring.Seronok dapat berjumpa kembali dengan rakan-rakan yang banyak membantu aku ketika itu terutama apabila suami aku pergi berkursus di Fraser Hill.Acapkali juga aku ditinggalkan oleh suamiku ketika aku mengandungkan anak pertama.Berkursus sahaja suami aku ketika itu.

Ini pula rakan-rakan aku semasa di Sekolah Menengah Seri Jengka..Setiap petang kami akan keluar rumah dan berbual-bual di tepi padang sambil melihat anak didik suamiku berlatih bermain bola sepak di padang yang berhadapan  dengan rumah kami.Nampaknya semua sudah berubah kecuali suamiku yang 'maintain'...

Anak Pak Khilid..teringt aku semasa mereka kecil lagi.Rumahku selalu ditandangi bersama-sama dengan adik-adiknya.Kini telah mengajar di Johor Bahru.Selamat Pengantin Baru buat Shafikah.

Kawan baik suamiku Pak Lah yang baru sahaja kehilangan isteri tercintanya.Al-Fatihah untuk kak Marni.semoga rohmu dicucuri rahmat.Pak Lah bersama abang Zahar.


Suamiku bersama dengan Saufi yang dahulu merupakan PAR sahaja dan kini beliau menjadi pensyarah di IAB.Siapa sangka budak PAR yang selalu mengajar anak didik SMSJ bermain bola di padang kini telah melonjakkan dirinya ke peringkat yang lebih tinggi.Berpeluk sakan beliau dengan suamiku yang telah terpisah lama apabila masing-masing membawa haluan sendiri.Aku kagum dengan kejayaan yang dicapai...Beliau tidak sombong malah begitu menghormati kami.Apabila mendengar sahaja kami berada di Jengka, beliau telah turun dari Bentong untuk bersama-sama dengan kami.



PENA KASIH:

Biarpun telah lama berlalu ia tetap menjadi kenangan

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails