Friday, March 29, 2013

BILIKKU...

Semua orang sukakan cantik,kemas dan selesa.Begitu juga dengan aku yang cuba untuk mencantikkan tempat kerjaku.Pastinya biarlah sedap mata memandang.Walaupun bilikku kecil sahaja tapi aku bersyukur kerana ada bilik sendiri untuk aku beroperasi.

Setiap hari di sinilah aku memulakan tugasku....kadang-kadang berserabut juga tempat aku.Apa taknya apabila dalam masa yang sama semuanya nak buat dan hendak dikemas kinikan.Hari ini, aku kemas esok serabut balik...Biasalahkan..bukan kerja aku habis dalam masa sehari.Setiap hari di sinilah tempat aku melunaskan kerja-kerja yang terbengkalai.Macam-macam yang hendak disiapkan.Apa-apapun aku nak ucapkan terima kasih kat my hubby yang selalu menjengok bilikku dan memberikan bantuan padaku jika perlu.


Aku bukan apa..bila sesekali ke bilik che Abeku jeles juga tengok dia menyusun fail-failnya.Kemas dan teratur sekali.Kadang-kadang anak muridnya memuji biliknya.Lengkap dengan gambarku dan anak-anaknya.Kata-kata motivasi ditampal di dinding.Bila tengok mesti bersemangat.Lepas ni, aku pula nak tampal kata-kata motivasi yang menarik...

Dia memang berdsiplin...dekat rumah mesti bersih.La ni anak lelaki dia juga sudah sepertinya.Kalah kakaknya apabila mengemas.Pagi lagi dia akan membasuh kain, lepas itu melipat kain....

Sekarang aku sedang dalam proses menukar tulang fail aku.Kalau sebelum ini fail aku 'colourful' .Lepas ni aku nak guna satu warna sahaja.Senang my bos nak ambil maklumat di rak aku.Jangan fail aku hilang sudah.....hendak pinjam boleh tapi pulang balik.Aku kalau hilang, mesti bising sebabnya aku tidak suka ambil barang orang dan semestinya segala yang aku buat mesti aku jaga.

PENA KASIH:

Hendak yang terbaik..

2 comments:

Sutiman Kemin said...

Maaf ganggu. Kalau boleh, label untuk filing tu biar seragam warnanya. Jangan terlampau banyak warna sangat.

PENA KASIH said...

Terima kasih...dalam proses menukarnya.

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails