Hari rajinku...selalu rajin tapi tiada kesempatan untuk aku membuatnya.Hari minggu sibuk dengan pelbagai program yang ada kalanya memenatkan.
Hari ini aku cuti pergi ke sekolah pada waktu pagi sebaliknya mengambil keputusan untuk pergi pada waktu petang...apa macam bolehkan.Aku ikut suka hatiku janji kerja-kerjaku beres.
Semalam aku membeli keperluan untuk masak pada hari ini.Suamiku meminta aku masak lemak ikan,goreng sayur mana kala anak lelakiku biasalah masak ayam paprik dan goreng telur.Sambil itu aku menyediakan resepi untuk masak agar-agar santan.Anak perempuanku pula masak dadih perisa jagung.Hari ini hari makan sedunia....macam-macam yang dimasakkan.
Menu aku hari ini...pencuci mulut....permintaan suami dan kegemarannya.
Hari ini juga aku mengambil kesempatan mengemas rumah....dapurku dah berubah sedikit.Mesti che Abe ku tidak suka aku mengalih itu dan ini.Biasalah,,orang perempuan,suka alih itu dan ini.Janji sedap mataku memandang ketika berada di dapur.
Kebun sayurku juga aku sentuh pada pagi ini.Terung dan buah tomato sudah berhasil,lada-ladaku semakin banyak mengeluarkan buah.Di kawasan belakang rumah aku pula, aku tanam bendi....
PENA KASIH:
Suka menggembirakan hati keluargaku.
No comments:
Post a Comment