Kami memang sudah lama bercadang untuk berjalan-jalan tetapi baru saja cadangan dibuat,terpaksa menerima kenyataan,Kerja sekolah perlu disiapkan pada waktu cuti memandangkan hari sekolah,kerja-kerja hakikii menjadi keutamaan.Lupakan dahulu cuti-cutiku.
Hari ini , aku bernekad untuk ke Kuala Lumpur.Anakku pula balik ke Perlis bersama-sama dengan Tok Yah dan tok mak serta angahnya sekali.Aku tidak dapat mengikutinya kerana che Abeku ada hal pada hari Jumaat dan aku terpaksa ke sekolah .Yang menggelikan hati kami ialah kami bertemu mereka di RNR Seremban.Dunia ini kecil sahaja.
Selepas itu, aku meneruskan destinasiku .IKEA menjadi tempat hubbyku kali ini.Selepas itu, barulah dia menunaikan hajatku.Sempat lagi aku singgah di kedai buku.Alhamdulillah, kali ini aku memborong buku-buku rujukan aku untuk anak didikku.
Kemudian, aku ke Masjid India....rambang mata aku melihat kain-kain di situ.Terima kasih buat che Abe kerana membelikan aku beberapa pasaaaaaaaaaaaaaaaaang kain untuku.IsnyaAllah bulan April, aku ke sana lagi bersama dengan adikku.
PENA KASIH:
Tak cukup masa untuk bersantai di sana..
No comments:
Post a Comment