Perkhemahan....
Sememangnya ini merupakan rutin tahunan ko-kurikulum.Aku masih ingat lagi sewaktu tahun pertama aku mengajar.Selepas sahaja aku bersalin dan pada akhir tahun diadakan kegiatan perkhemahan.
Memang seronok sewaktu itu..masing-masing berlumba-lumba menghias khemah.Yang aku kagum sekali ialah semangat yang ditunjukkan oleh penduduk di sekitar Jengka.Mereka akan turut sama membantu guru-guru membuat dan menghias khemah anak-anak mereka.
Apabila waktu malam diadakan malam kebudayaan.Mereka akan turut sama melihat kebolehan anak-anak mereka menunjukkan bakat masing-masing.
Kami.guru-guru perempuan akan bergotong-royong memasak sendiri untuk anak-anak murid dengan dibantu oleh ibu murid-murid di situ.Mereka begitu peramah dan seperti keluarga sendiri.
Aku tidak ketinggalan juga tidur di dalam khemah bersama Nana dan G.Memang meriah dan aku rindukan suasana di sana.Menariknya kaum bapa akan mencari buluh untuk membuat gajek dan sebagainya.
Kini, aku tetap merindui suasana di Jengka.....
PENA KASIH:
Aku kagum dengan semangat yang ditunjukkan...
No comments:
Post a Comment