Tuesday, October 2, 2012

GIMRAMA

Perjalanan ke Sekolah Sukan Bandar Penawar memakan masa selama 3 jam.Alhamdulillah, kami selamat sampai ke destinasi dan terus menuju ke dewan.Kami berada di sana selama 3 hari dan bermalam di Homestay.Syukur 'owner' homestay itu milik orang Melayu dan saya berkesempatan bertemu dengannya sebelum balik ke Segamat.Seperti rumah sendiri dan setiap biliknya begitu kemas dan kami begitu selesa di situ.Ada dapur dan mesin basuh memudahkan kami menggunakan peralatan tersebut tetapi perlu cermat.Setiap hari baju dibasuh dan kami membawa balik pakaian yang bersih.

Di peringkat awalnya, saya tidak terfikir untuk pergi ke sana tetapi disebabkan keperluan dan permintaan guru besar untuk membantu cikgu-cikgu yang ada menyebabkan saya  sanggup pergi.Setelah mendapat kebenaran daripada suami, saya bersama-sama rakan dan anak murid bertolak dari Segamat jam 7.00 pagi dengan menaiki dua buah kereta.Alhamdulillah perjalanannya begitu lancar dan kali kedua  buat diri saya melalui jalan tersebut.Hujung tahun 2011, saya bersama family telah pergi ke sana.


Memang tidak dinafikan sukan ini sebenarnya memang terkenal di sekolah ini suatu ketika dahulu.Disebabkan oleh kekurangan tenaga pengajar akhirnya, sukan itu berkubur buat seketika dan bangkit semula pada tahun 2011 setelah diberi kepercayaan oleh pihak atasan untuk melaksanakan sukan tersebut.


Sempat menyolekkan anak murid sebelum mereka melakukan aktiviti mereka.
Wajah mereka setelah disolek.....jurusolek tidak professional..
Kontijen Daerah Segamat....gimnastik dari Sekolah Kebangsaan Kemelah dan gimrama dari SK Canossian Convent Segamat.

PENA KASIH:

Menarik juga sukan ini.....

3 comments:

Sutiman Kemin said...

Apa nama Homestay tu dan nombor talipon? Kot-kot nanti nak ke Bandar Penawar bolehlah booking.

PENA KASIH said...

InsyaAllah saya akan maklumkan nanti...sedang mencari kadnya yang miss place.

Diri aku said...

sayang gimrama dah x aktif dekat segamat.. saya bekas atlit gimrama SKCC, SMKCC & sekolah sukan bandar penawar.. Rindu nk bergimrama lagi.. hihi

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails