Kali ini, kami beraya bertiga sahaja.Along yang tidak dapat balik sering kami hubunginya.Kami memberikan motivasi kepadanya untuk belajar kerana akan menghadapai peperiksaan pada hari Isnin.Katanya ingin mendapat score yang terbaik dan mengekalkan pencapaian yang sedia ada.Mama sentiasa mendoakan kejayaan dan kecemerlangan Along.Itu impiannya.Mama harap Along sentiasa berjaya dan Allah permudahkan laluan Along.Allah permudahkan untuk Along menjawab soalan dan diberikan ketenangan.
Seperti biasa, pagi raya kami sekeluarga ke masjid.Kali ini , limpahan orang ramai tidak sampai di luar masjid.Selepas solat, kami ke rumah emak untuk menjamu juadah hari raya.Selepas itu, hubby mengajak kami ke kubur ayahnya.So, kami bergerak ke situ dan di sana pun tiada orang ramai seperti hari raya Aidil-Fitri.Al-Fatihah untuk ayah yang telah meninggalkan kami lebih daripada sepuluh tahun.Anak lelakiku membersihkan kubur atoknya.Dia memang tidak ingat wajah aruah kerana meninggalkannya ketika usia masih kanak-kanak lagi.Sambil itu, aku meningatkan anakku, jangan sesekali lupakan insan-insan yang hampir dengan kita tapi telah pergi menemuiNya terlebih dahulu.Setiap kali solat sedekahkan al-Fatihah untuk mereka.Jangan tinggalkan solat.....kerana mereka yang pergi akan menantikan doa-doa daripada anak-anak mahupun cucu.Usia kita semakin meningkat.....tiada apa yang perlu kita banggakan selain mendekatkan diri kepadaNya.Hubby selalu memberikan tazkirah kepada kami setiap kali kami berada di dalam kereta.Sekurang-kurang mengingatkan diri ini dan juga anak-anak.Kita boleh berubah selagi kita ada kemahuan.
Selepas pergi ke kubur, kami terus pulang ke rumah.Merehatkan diri dan kemudian ke Kipmart.Aku mengenakan suamiku lagi....tersenyum dia melihat gelagat aku.Apa-apa pun thanks to hubby yang tidak pernah menghampakan aku.Aku banyak menghabiskan masa bersama dengan keluarga ibuku.Seronok bersama dengan mereka.
Sebelah malam, kami ke rumah bapa saudara.....Kami dihidangkan dengan pelbagai juadah.Berborak santai with my family.Alhamdulillah, mereka semuanya sudah berubah.Kalau dahulu keegoan itu ada tapi kini usia mematangkan kita.InsyaAllah bulan Disember, kami akan berkumpul lagi sekali......

PENA KASIH:
Sayu hati mendengar takbir hari raya setiap kali solat oleh suami....
"Merintihlah dengan dosa, janganlah merintih dengan buta, menangislah dengan dosa, jangan menangis dengan orang menghina, sedihlah dengan dosa, janganlah sedih dengan orang kata.
"Merintihlah dengan dosa, janganlah merintih dengan buta, menangislah dengan dosa, jangan menangis dengan orang menghina, sedihlah dengan dosa, janganlah sedih dengan orang kata.
No comments:
Post a Comment