Hari ini, adik-beradik emak berkumpul di rumah emak.Perjumpaan yang menarik.Semua adik-beradik mereka berkumpul kecuali Mak Utih dan Pak Usu sahaja.Alhamdulillah, mereka bersepakat untuk hadir dan pertemuan yang amat bermakna sekali.
Kesedihan begitu terasa apabila Mak Ngah tidak lagi dapat bersama mereka.Allah sayangkan Mak Ngah dan hampir dua bulan emak Ngah meninggalkan kami semua.Meninggalkan adik-beradiknya yang sentiasa mengambil berat terhadap kesihatannya.
Kata-kata sepakat yang diambil bermakna ikatan ukhwah antara keluarga akan dijaga, terus dijalinkan agar tidak ada persengketaan.Biasanya rumah emaklah tempat mereka berkumpul.
Walaupun datuk dan nenek kami telah lama meninggalkan kami, tetapi ikatan kekeluargaan akan terus dikekalkan.Bak kata pepatah Air dicincang tidak akan putus.ALhamdulillah, kami mempunyai emak saudara dan bapa saudara yang baik.Setiap kali hari raya atau apa sahaja majlis yang diadakan di rumah emak, mereka akan hadir.Membantu apa yang patut.InsyaAllah, kami akan sentiasa menjaga ikatan ini agar ianya akan terus berkekalan.Yang muda menghormati yang tua...hilangkan keegoan masing-masing sebaliknya muhasabah diri dan merenungi diri sendiri.Kita memang ada salah dan silap...tapi kesilapan itulah yang perlu dibetulkan agar ianya tidak berpanjangan.Kadang-kadang apabila yang tua menegur,dia memperbetulkan kita, mengingatkan kita kerana kita bukanlah sesempurna sebenarnya.Banyak kekurangan diri kita...tapi emak saudara seperti emak sendiri, bapa saudara seperti ayah kita.Dengarilah nasihat mereka.Begitu juga, apabila adik-beradik menegur itu bermakna mereka masih sayangkan kita.Emak aku selalu menegur adik-beradiknya tapi mereka tidak pernah mengambil hati kerana akhirnya mereka akan menjadikan emak dan ayah aku sebagai tempat mereka mengadu.Aku ingat pesan nenekku, apabila orang menegur itu bermakna mereka sayangkan kita...jika teguran kita tidak boleh diterima itu terpulang kepada diri individu itu sendiri.
Majlis pertemuan berakhir dengan bacaan doa yang diketuai oleh ayahku..
PENA KASIH:
Mengambil berat ahli keluarga kerana aku sayangkan mereka.
No comments:
Post a Comment