Memang telah dirancang untuk ke sana tapi tidak pasti tarikhnya.Last-last my anak memaklumkan kepada kami ,dia yang kini sedang berjuang dan bergelut dengan peperiksaan akhir semester akan balik ke kampung halaman pada 4 hb ini.So,kami megambil keputusan ke sana pada 2 hb kerana kami tidak dapat untuk bersama dia pada 4hb kerana my son akan menduduki peperiksaan SPM.Sebelum itu, kami telah menelefon stesen bas untuk menempah tiket.Semuanya sudah habis.Yang ada hanyalah ' train' sahaja.20 tahun lebih tidak menaiki train......Hampir 11 jam berada di dalam train.Pinggang dah mula berasa senggal kerana duduk aja...Nak bangun orang ramai.So, peluang aku perolehi berjalan-jalan bila orang ramai turun satu persatu di setiap stesen.Membetulkan urat pinggangku.Rasa-rasanya tak mahu lagi hendak menaiki train.
Hubby membaca dan bersama i-padnya.
Kami sampai di stesen Butterworth jam 10.00 lebih.Rehat dan makan di situ sementara mencari teksi untuk ke hotel.Alhamdulillah, kami bersyukur kerana seorang demi seorang memudahkan kekusutan kami.Maklumlah dah malam sampai di Butterworth sudah tentu agak pening juga untuk mencari penginapan.Tapi Allah hantar seorang hamba Allah ini dan semuanya selesai dalam masa yang begitu singkat sekali.Kami menginap di sebuah hotel dan sebelum itu kami membayar tambang teksi.Dia tidak mahu menerima tapi 'orang berbudi.kita berbahasa'.Kami beri juga wang tersebut kerana dia telah berjaya menyelesaikan masalah kami.
Pagi esoknya kami telah berada di stesen bas Butterworth untuk ke Kangar.Allah permudahkan kami kerana niat untuk ke sana lebih awal lagi sedangkan perjalanan ke Kangar jam 9.00 pagi.Hanya tinggal 3 seat sahaja untuk kami.Itu secara kebetulan.Jam 7.30 pagi kami terus menaiki bas ke Alor Star sebelum meneruskan perjalanan ke Kangar.Sampai di Kangar, Along menunggu kami di bus-stand Kangar.Makan sekejap dan hantar dia kembali ke IPG.Kami tidak lama bersama Along kerana tidak mahu mengganggu dia yang akan menduduki peperiksaan jam 2.30 petang.Tidak sampai setengah jam pun kami berjumpa dia.Kami terus meninggalkan dia dengan harapan dan doa agar dia dapat menjawab soalan pada petang itu dengan mudah, lancar dan diberikan ketenangan.
Kami bergerak meninggalkan Kangar dan seperti biasa hubby suka melalui kawasan kampung yang di kelilingi dengan kehijauan padi.Cantik sungguh.......Sehinggalah kami sampai di kawasan Perak.Hujan mengiringi perjalanan kami.Dalam hati , sentiasa mendoakan agar perjalanan kami ke Segamat selamat.
Banyak juga tempat kami singgah kerana kami menunaikan solat.Paling lebat ialah di Tapah, tapi kami meneruskan perjalanan dengan memandu secara perlahan-lahan.Kali ini, hubby tidak mengantuk langsung.Syukur teramat sangat.Banyak juga kami bertemu dengan 'accident'.Salah seorang 'pakcik tua' yang terbabas dan melanggar penghadang jalan...lantas hubby menelefon 'plus' untuk memberikan bantuan kepada pak cik tersebut.Semuanya berlaku dalam keadaan hujan yang lebat.
Kami sempat berhenti dan berposing....
Kemudian kami berhenti di RNR Ulu Bernam....minum kopi, mandi dan bersolat.
Kami sampai di halaman rumah jam 11.00 malam....
PENA KASIH:
Syukur Allah permudahkan perjalanan kami.
No comments:
Post a Comment