Menerima SMS from Ani, mengingatkan kami tarikh kelahiran Adif...Terlupa sebenarnya.Kesibukan kami yang tidak tentu masa sejak akhir-akhir ini menyebabkan banyak perkara yang kami terabai..Saya terus 'forward' SMS tersebut kepada hubby.Sewaktu menerima SMS saya menghadiri kursus KSSR.Seronok juga sesekali menghadiri kursus.Membuka minda dan mendapat ilmu.Syukur kerana my bos telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk menghadirinya.Saya yang menurut perintah....akur arahan bos walaupun sebenarnya banyak kerja yang perlu dibereskan.Banyak ilmu yang diperolehi dan banyak rakan yang ditemui.
Sempat bersantai di dataran Segamat
Then hubby membalas SMS,memakluman akan mencari hadiah untuk Adif.Masih terfikir--fikir apa kegemaran si Adif dan akhirnya hubby memilih sendiri hadiah untuk anak saudaranya.Lebih kurang pukul 8.00 sempat saya ke dataran Segamat sekejap....rilekskan minda di situ.Penat sebenarnya kursus.Penat duduk dan minda.
After that kami pun ke Taman Bendahar seperti yang dimaklumkan.....semua sudah ada.Ramainya......
Hapiz dan Hadif so happppppyyyyy....Hapiz yang terlebihnya.Dua kali hendak sambut hari jadinya.
Terima kasih Ani and Aman yang menjemput kami hadir ke majlis hari jadi anaknya........
PENA KASIH:
Yang penting dalam kehidupan ini ialah saling sayang-menyayangi,saling hormat-menghormati.Kalau kita ingin orang hormati diri kita, kita hormati diri kita sendiri terlebih dahulu......
No comments:
Post a Comment