Wednesday, September 28, 2011

MERIAH LAGI......


Pic yang diambil oleh Hapiz......


Hafiz.........sedapnya la Uda

Majlis penyampaian zakat kepada Majlis Agama Johor....

Kumpulan Marhaban Kg Balai Badang..


Selamat tinggal syawal........hari terakhir di bulan syawal tapi begitu rancak program sambutan Hari Raya diadakan.Di saat akhir, terlalu banyak undangan ke majlis hari terbuka sempena Hari Raya dan tahun ini saya kurang ke majlis tersebut.

Sudah dua hari berturut-turut my Mil menelefon dan mengingatkan kami akan majlis Sambutan Hari Raya gabungan Felcra Benang Air dan juga Sg Gatal(kalau tidak silap) yang diadakan di Kampung Balai Badang.Jauh perjalanan dan ini kali kedua kami ke sini.Pernah ke sini bersama-sama dengan Aruah ayah mentua yang ketika itu sakit dan beria-ia untuk ke situ.

Banyak perubahan ....kalau dahulu jalan merah kini jalan bertar.Apa lagi yang dimahukan.Kemudahan yang ada dan boleh dinikmati oleh semua orang.Perjalanan hampir 1 jam dari IOI kerana hubby memandu kereta secara bersantai sahaja.Namun, majlis belum bermula lagi.

Selepas menikmati juadah yang disediakan seperti nasi impit, sate, lemang dan pelbagai lagi makanan yang dijamukan kepada semua yang hadir,kami bergerak ke rumah atok.Di sini, kami dihidangkan dengan rebus keledek.....enak dan Hafiz tidak ketinggalan menikmati keledek rebus.

Lebih kurang pukul 6.00 ,kami meninggalkan Spang Loi dan bergerak ke IOI...After solat Maghrib baru kami bertolak pulang ke rumah.Walaupun penat, tapi puas hati dapat memenuhi hasrat dan impian emak untuk ke sana.

Hasrat untuk ke Dataran Segamat sempena sambutan Hari Raya peringkat Daerah Segamat kami lupakan kerana terlalu penat.Balik sahaja, saya terus merebus nasi impit untuk dibawa ke sekolah .....potluck.
PENA KASIH:Masih meriah walaupun di penghujung......

Sunday, September 25, 2011

TETAMU DI HUJUNG SYAWAL

Hubby with my cousin...


Mereka berkumpul beramai-ramai tapi saya agak ralat kerana tidak dimaklumkan lebih awal untuk hadir ke rumah kami....kalau tidak kami akan sediakan juadah special untuk mereka.

Bapa saudara yang sering membuat kami tidak kering gusi.....ada aja cerita yang dilawakkan.



Cute baby boy....Iman Harith...cucu Pak Usu

Hari ini, saya menerima tetamu di saat akhir meninggalkan bulan Syawal.Emmm....tinggal beberapa hari lagi syawal akan meninggalkan kita.Namun,setiap hari ada saja jemputan rumah terbuka,majlis perkahwinan dan juga bacaan yaasin.

Hari ini, saya menghadiri majlis perkahwinan di Kg Tahang Rimau.Jiran semasa saya menyewa di kawasan itu tahun 2001.Ramai rakan-rakan ditemui.
Sekembali dari majlis perkahwinan, bergegas ke Majlis bacaan Yaasin di kampung.Alhamdulillah, ramai juga hari ini yang hadir ke majlis tersebut.Kami dijamu dengan sayur lodeh, nasi impit, kuah kacang dan sebagainya.Disebabkan kekenyangan, saya hanya menjamah sedikit sahaja makanan tersebut.

Kemudian, kami ke bandar sekejap untuk mencari pisang untuk digoreng.Sedap juga sesekali makan pisang goreng.Kebetulan Mak Itam hendak datang ke rumah saya.
Kemudian, tak sangka pula Pak Usu Jalil and his family datang ke rumah kami.Riuhlah pulak rumah saya tapi seronok dapat berbual-bual dengan mereka.Tahu ajalah bila dah berjumpa,mulakah Pak Usu buat lawaknya.Tak kering gusi dibuatnya kami sekeluarga.Mak Itamlah yang paling geli hati melihat gelagat adiknya.Pastinya kami enjoy apabila bertemu dengan saudara-mara.

PENA KASIH : Seronok dengan kehadiran saudara-mara.

Saturday, September 24, 2011

KUNJUNGAN KE LUI SELATAN




Sempat berposing lagi sebelum pulang......

Fadhil turut ada bersama kami......kebetulan balik ke semenanjung menghadiri kursus.So, berpeluang untuk mengikuti kami.Bilalah pulak kami nak gi Sarawak ni.....
Emmm...tak bestlah camera ni.....


Raya sudah hampir ke penghujung.Baru hari ini, kami berkesempatan untuk mengunjungi rumah emak saudara di Lui Selatan.Saban tahun , kami tidak pernah tinggal untuk ke sana.Seronok juga sesekali berjalan di tempat orang.Melihat panorama di tempat orang menghiburkan hati.

Kami ke sana bersama-sama dengan ayah dan Mak Itam.Saya dan hubby bergerak agak lewat sedikit kerana hubby mempunyai tugasan di tempat kerjanya.Lebih kurang pukul 11.30, barulah kami bertolak dan bertemu di Pasir Besar.Sebelum meninggalkan my son di rumah, saya telah menyiapkan segala masakan untuknya.Biasalah, ada ketikanya my son tidak begitu berminat untuk berjalan kerana mempunyai agendanya yang tersendiri iaitu bermain futsal.Sebenarnya, kami lebih suka dia mengikuti kerana sekurang-kurangnya dia mengenali saudara-maranya.Tapi, dia telah berjanji dengan rakan-rakannya untuk bermain futsal so kami terpaksa mengalah.Hubby senitasa menelefonnya untuk mengetahui di mana dia berada.

Kami berada di sana agak lama juga.....teringatkan kisah semasa kecil saya.Mak Utehlah yang paling banyak menjaga saya tatkala emak dan ayah saya bekerja.kami bukanlah dari keluarga yang senang ketika itu.Saya sering ditinggalkan bersama mak Uteh apabila ayah dan emak keluar menoreh.Jasa mak Uteh memang akan sentiasa saya kenangi.Sebab itulah saya rapat dengan Mak Uteh.

Biasalah setiap kali ke rumahnya, kami akan dihidangkan dengan masakan ala negeri Sembilan.Memang sedap dan hubby memuji masakan mak Uteh.Pelbagai juadah disediakan untuk kami.Terima kasih ,mak Uteh.

Kali ini, kami agak lewat mengunjungi Mak Uteh.Selalunya dalam minggu pertama hari raya, kami sudah ke rumahnya.Tapi kali ini, banyak kekangan yang menyebabkan kami terpaksa menangguhkan hasrat untuk ke rumahnya sehinggalah hari ini kami berpeluang.Namun,yang pastinya kami 'enjoy' di rumahnya.
PENA KASIH :Adakah tahun depan kita masih diberi peluang untuk bertemu.....?

Thursday, September 22, 2011

SEORANG TUA....


Kegigihan membesarkan anak-anak dengan kudrat yang ada amat dikagumi.Kehidupannya penuh dengan ranjau penderitaan.....
Dari seorang yang pernah menikmati kehidupan yang penuh dilimpahi dengan kesenangan ..tapi siapa tahu.....nikmat itu hanya dipinjam sementara sahaja.Tapi, ketabahan hati, kesungguhan dan keinginan untuk melihat kejayaan anak-anak memberikan satu semangat untuknya meneruskan kehidupan ini.

Hanya yang ada padanya ialah permata-permata yang perlu dijagai.Anugerah Allah kepadanya.Anak-anak tidak dibiarkan untuk menanggung keperitan kehidupan..... tapi digagahi juga kudratnya yang ada itu untuk meneruskan impian anak-anaknya.Kejayaan anak-anak adalah kejayaan dirinya....siapa sangka anak-anaknya kini hampir semuanya berjaya.Syukur.Tidak pernah di hati orang tua ini timbul kekesalan dengan dugaan yang diterima.Namun, disebalik dugaan itu ada hikmahnya.

Halusan kedutan di wajahnya jelas nampak......seolah-olah penderitaan itu begitu sakit untuk ditanggungi...Penderitaan hidup memamahkan usianya.......

Keperitan sinar matahari yang memancar tidak pernah dirungut tapi dengan sisa-sisa kudrat itulah dia mampu untuk menanggung anak-anaknya.
Linangan air mata.....masih adakah peluang untuk melihat kejayaan anak-anaknya?Bersyukur kerana Allah masih meminjamkan dirinya ke dunia ini kerana hampir satu bulan dia menanggung kesakitan....Hilang selera makan dan semangat untuk meneruskan kehidupan.Tapi, sinar mata anak-anaknya memberikan semangat kepadanya.
Hanya yang terlintas di fikirannya ialah dia mungkin tidak dapat melihat kejayaan anak-anaknya.Namun, Allah masih menyayanginya....

Kini, hanya berbekalkan semangat sahaja yang dapat membangkitkan dirinya untuk terus melayari kehidupannya.......bersama-sama dengan anak-anaknya.

PENA KASIH :Kasih ibu sepanjang hayat....

Wednesday, September 21, 2011

MBMMBI





Pelbagai program dianjurkan sebagai satu usaha menyahut seruan untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris........Ini semua adalah kerana pemansuhan PPSMI.

Hari ini,Panitia Bahasa Inggeris telah menjalankan satu aktiviti dalam usaha untuk membantu pelajar-pelajar sekolah ini menguasai dan bertutur dalam Bahasa Inggeris.Pertandingan Bercerita dalam Bahasa Inggeris.Malah memang aktiviti ini merupakan satu aktiviti yang biasa dijalankan di mana-mana sekolah.Dari sinilah peluang mereka untuk melihat sendiri bakat dan berhadapan dengan audiens.Memang tidak dinafikan sikap ingin mencuba memang ada pada diri pelajar tetapi tidak semua mampu untuk melakukannya apabila berada atau berdiri keseorangan di atas pentas.Mereka yang berani dan tidak segan sahaja yang mampu melakukannya dengan baik.

Kalau di peringkat awal, semangat untuk naik ke pentas begitu teruja namun apabila berdiri, mereka seperti hilang arah dan tujuan........hilang segala-galanya.Lupa segala-galanya.Namun,saya puji kerana mereka berani mencuba.

Atas permintaan guru besar, saya telah menjadi pengadil untuk pertandingan ini.Dari segi sebutan didapati mereka sememangnya baik tetapi kelancaran, gaya dan intonasi agak lari sedikit.Mungkin apabila ketakutan melanda diri, mereka lupa semuanya.Tapi semangat dan keberanian itu yang penting.

PENA KASIH:Darah gemuruh tetap ada......


Monday, September 19, 2011

LEBAH

Di Anjung Kasih kami, lebah telah membuat sarang di tepi dinding rumah.Hampir tiga bulan ia mula membina sarang.Tidak diusik dan dibiarkan begitu sahaja.Tidak tahu macamana hendak menghalaunya sehinggalah beberapa orang telah memberikan pandangan masing-masing.

Kami tidak mengambil pusing dengan kehadiran lebah itu kerana dia tidak mengusik kami.Hanya berlegar-legar sahaja di kawasan tersebut.Saya lihat ia semakin banyak dan kami masih membiarkannya.

Apabila didatangi seorang tukang rumah, kami memaklumkan kepadanya tentang sarang lebah itu....apa yang dijawabnya ialah kata orang-orang tua ia mendatangkan rezeki.Dalam hati, kalau kita tidak berusaha manakan boleh rezeki datang dengan tiba-tiba.Dia tidak membenarkan saya menghalau lebah itu dan sebaliknya biarlah ia membuat sarang dan menghasilkan madu.
Seorang Cina juga mengatakan 'awak jangan halau itu lebah.Ia mendatangkan rejeki.....'Saya tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri sahaja.

Saya membiarkannya sehinggalah hubby mengambil keputusan untuk menghalau lebah tersebut.Lalu,hubby mengasapkan sehinggalah lebah itu melarikan diri.Petang ini, sewaktu kami balik, lebah itu masih lagi berada di sekitar Anjung Kasih dan membuat sarang di tempat lain.Emmm.........ingatkan lebah itu sudah pergi jauh tapi sebaliknya masih ada di kawasan tersebut.Hari ini, hubby hendak mengambil insiatif lain pula untuk menghalau lebah.Silap-silap nanti, kena sengatan lebah...bengkak sana dan sini...


PENA KASIH:Sesekali suka makan madu lebah.......

Saturday, September 17, 2011

HOMESTAY

Emmm.....mereka sangka kediaman saya merupakan sebuah homestay.Sudah beberapa kali, mereka tidak perasan rumah saya apabila saya maklumkan lokasi rumah saya.Mereka tetap mengatakan ianya sebuah homestay.Malah ada yang tersasar ke depan dan apabila dimaklumkan kedudukan sebenar, mereka pusing kembali dan saya terpaksa menunggu di luar kawasan rumah saya.

Baru-baru ini, kami didatangi oleh seseorang dan dia mengatakan dari luar ia merupakan sebuah homestay.Dilihat dari pandangan apa saya tidak pasti.Pastinya ia merupakan sebuah teratak yang biasa-biasa sahaja.Syukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada kami.

Bagi memudahkan pencarian, saya menamakan rumah kami sebagai 'TERATAK KASIH'.Malah ada mengatakan kenapa tidak ditukarkan nama tersebut kepada nama lain.Nama yang dipilih oleh hubby sendiri semenjak awal pembinaannya.Malah,kediaman ibu bapa saya pun dinamakan sebagai "MERCU KASIH".

Perkataan 'Kasih' itu mempunyai maksud yang mendalam sekali.ANJUNG KASIH, DATARAN KASIH DAN AGRO KASIH serta KABIN KASIH.......adalah beberapa patah perkataan yang menjadi pilihan hubby sendiri.

Erti kasih itu sendiri sudah difahami............sayang.Sayangkan sebuah keluarga, rumahtangga,ibu bapa dan anak-anak yang menghuni dalam sesebuah rumah.Itulah pengertian perasaan seseorang.Nilai kasih sayang itu amat penting bagi melahirkan sebuah keluarga yang bahagia.

PENA KASIH :Ada lagi yang akan dinamakan..................KASIH.

Friday, September 16, 2011

SALAM SATU MALAYSIA





Di Persada Seni JB.....IT fair.

Posing di rumah kak Long sementara menunggu hubby solat Jumaat.

Hubby n Dilla....ice-cream.

Melepak sekejap di batu-batu kat Teluk Danga.....

Huhuhu....Dilla.Baik-baik ya....
Suka-suka posing



Alhamdulillah, 54 tahun berlalu dan sebagai rakyat Malaysia yang dilahirkan selepas negara mencapai kemerdekaan,sudah tentu berasa syukur dan bangga dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.Apa lagi yang kita perlukan kerana negara kita salah satunya negara yang aman dan damai.

Saban hari, kita lihat dan dengar dari media massa mahupun elektronik pelbagai musibah yang melanda di negara-negara tertentu tapi tidak di negara kita.Perlulah kita bersyukur kepada Allah.......

Kalau adapun pergolakan hanyalah pergolakan politik berdasarkan penerimaan kefahaman masing-masing tapi tidaklah sampai memporak perandakan negara.Namun, disebalik itu kita perlu lebih berhati-hati agar tidak berlaku sesuatu yang tidak dijangkakan hanya kerana propaganda politik.Justeru, demi memastikan negara terus aman dan damai, kita perlulah berganding bahu dan bersatu padu di antara satu sama lain.

Disebalik cuti sempena Kemerdekaan dan juga sambutan satu Malaysia, saya dan hubby bercuti di Johor Bahru.Kami meronda-ronda di Persada Seni di JB untuk melihat IT fair yang dijangkakan menjual pelbagai barangan IT dengan harga yang murah.Kami tidaklah memborong barangan IT kerana setakat ini, keperluan itu sudah ada.Sebaliknya,hubby membelikan saya Kamera baru mudah dibawa ke mana-mana walaupun kamera yang hilang ditemui semula di dalam kereta.Thanks to hubby.........Harga yang paling murah sekali.

Kami ke sini bersama-sama dengan adik.So, sempat lagi kami ke Angsana dan juga Kipmart.Biasalah adik, kalau tidak memborong kain tudung tidak sah....Bila dah berjalan dengan dia, saya pun memborong juga.Murah-murah aja....
Hubby dok sibuk dengan kedai buku yang terdapat di situ.Apalagi buku-buku berunsur keagamaan yang menjadi pilihannya .Kami pula sibuk dengan kain tudung....

Sebelum tu, kami singgah di rumah Kak Long sebelum dia balik ke Segamat pada petangnya.Melepak sekejap di sana sementara menanti hubby solat Jumaat bersama abang Usof .Thanks to Kak Long kerana mempelawa kami makan tengah hari di rumahnya.Semua masakan dimasak oleh abang Usof coz kak Long kerja.Sedappppppp.............so hubby maklumkan kepada saya yang dia akan cuba belajar memasak pula selain minat mengemas.

Kami juga sempat melepak di Danga Bay........membawa anak saudara makan angin di situ.Melihat keindahan di kawasan tersebut.Pastinya posing yang lebih......

PENA KASIH :Mendoakan agar negara terus aman dan damai.

Thursday, September 15, 2011

HILANG


Aktiviti mengambil gambar merupakan salah satu aktiviti yang saya gemari.Tidak mempunyai maksud apa-apa sekadar untuk simpanan saya sendiri.Tatkala keboringan melanda diri,saya akan mengimbau gambar-gambar yang saya simpan.

Namun, dalam minggu ini saya tercari-cari di mana letaknya 'camera' buah hati saya itu.Puas saya mencari di kawasan 'privacy' saya tapi hampa.Saya kebingungan.Seingat saya, saya baru sahaja upload gambar sewaktu sambutan Kemerdekaan tapi saya tidak ingat di mana saya letak kamera tersebut.

So,saya minta hubby tolong carikan kamera tersebut.Sudah tiga tahun saya menggunakan kamera tersebut.Walaupun harganya tidak mahal tapi ia bermakna....
Kamera yang mudah untuk dibawa ke mana-mana dan sentiasa berada dalam my handbag.Tapi,kini saya kehilangannya.......

Masa saya untuk memujuk hubby to buy a new one for me......rasa-rasanya boleh dapat kot.Senang aja.....InsyaAllah permintaan saya jarang tidak ditunaikan.........Dia mengerti kegemaran saya.

PENA KASIH :Kegilaan mengambil gambar......

USAI SUDAH

Hari ketiga peperiksaan UPSR berakhir dengan ujian aptitud yang bermula jam 2.30 hingga 4.00.Selesai sudah segalanya setelah bertungkus lumus dari tahun lepas lagi.Semoga kejayaan cemerlang akan terus menjadi milik kalian.

Tidak bermakna pejuangan kalian selesai tapi masih jauh lagi....langkah demi langkah seterusnya perlu dilalui dengan pelbagai cabaran lagi.Langkah permulaan kalian dengan pencapaian keputusan UPSR tapi langkah seterusnya adalah bagaimana kalian dapat menghadapinya dengan sebaik mungkin.

Walaupun peperiksaan sekolah sudah selesai tapi kami menyediakan pelbagai program untuk kalian ikuti sepanjang bulan September hingga November.Perancangan program sudah dirangkakan untuk kalian.Setiap hari dan minggu akan diisikan dengan program yang berfaedah untuk mengelak berlakunya masalah ponteng sekolah di kalangan kalian.

Kami cuba sedaya upaya menyediakan program yang bakal menarik perhatian dan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang dapat memberi ruang dan peluang kepada kalian untuk menghabiskan sisa-sisa alam persekolahan di sekolah rendah.Semuanya telah dirancang untuk kalian.

PENA KASIH :Terus berdoa untuk kalian....

Wednesday, September 14, 2011

CREATIVE NIGHT WITH UITM STUDENTS

Semalam, hubby mengajak saya ke program 'creative night' bagi pelajar-pelajar semester 5.Lebih kurang pukul 8.15 malam,kami sampai dan semua pelajar telah bersiap sedia dengan persembahan masing-masing.
Saya juga tertarik dengan persembahan masakan pelajar dan juga persembahan lakonan pelajar mengikut kumpulan.Ada yang menampilkan kebolehannya yang luar biasa.Syabas dan tahniah kepada semua pelajar tersebut.

Bila melihatkan program ini, teringat sewaktu saya belajar di USM iaitu pemikiran kreatif.Ingat lagi 6 warna topi pemikiran yang mempunyai maksud tertentu dan alhamdulillah saya memperolehi A dalam kerja kursus pemikiran.Apatah lagi hubby mengajar subjek ini dan banyak buku yang boleh saya baca dan sehingga kini saya tetap membaca buku berkaitan dengan pemikiran.



Dari satu meja ke satu meja merasai masakan yang dipersembahkan oleh pelajar dengan gaya kreativiti masing-masing.


Sedapnya.............macam ni boleh tempah..



















Pelbagai jenis masakan telah dipertandingan oleh pelajar-pelajar dengan belanja di bawah Rm10.00.Puas juga merasa masakan pelajar-pelajar.Mereka menggunakan daya kreativiti masing-masing dalam membuat penyediaan.Ada yang menarik ,sedap dan murah.


Tekun menyaksikan persembahan pelajar...ada yang menarik dan menghiburkan.Mereka menggunakan kreatif masing-masing dalam membuat persembahan.

Emmm.....dua orang pelajar ini mempunyai gaya tersendiri untuk menjadikan suasana pada hari berkenaan agak menarik.

Salah satu persembahan yang ditunjukkan oleh pelajar daripada apa yang dipelajari bersesuaian dengan pemikiran kretif masing-masing.
Pelajar-pelajar menyaksikan persembahan rakan-rakan mereka...


Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang......

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails