Monday, September 5, 2011

HARI LAHIR




Semalam merupakan hari lahir Haziq.Lahir di Hospital Besar Kuantan secar cesaeran 16 tahun lalu sewaktu saya berkhidmat di Jengka Pahang.Kira-kira dia anak Pahanglah......

Pagi lagi sewaktu bangun dari tidur,saya ucapkan Selamat Hari Lahir.Sudah besar anak mama dan tidak boleh manja-manja berlebihan.Dia tersenyum gembira.Lalu ayahnya berpesan agar pertingkatkan amal ibadahnya.Dia menganggukan kepalanya tanda setuju dengan syarahan ayahnya di pagi hari.Mama doakan adik sentiasa matang dalam bertindak dan berfikir dan ingat pesanan ayah dan mama.

Saya tanya padanya apa hadiah yang dia hendak............tiada sebarang hadiah yang dipinta tapi dia hanya hendakkan hadiah kasih sayang seorang ibu untuknya ....bagusnya anak mama.Cuma,pada waktu malam, kami mengajaknya makan di luar sahaja.Tiada kek dan sebagainyaa.Begitu mudah,....tiada makanan istimewa yang diminta.

Minggu depan pula anak sulung kami akan menyambut kelahirannya......Hanya iringan doa sahaja daripada mama untuk Along yang jauh di perantauan di utara .
PENA KASIH : Dua orang anak tapi berbeza sama sekali sikap dan caranya......

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails