Monday, September 12, 2011

SELAMAT KEMBALI

Alhamdulillah, hampir satu bulan menanggung kerja dan kini my boss telah kembali.Kembali semula menjalankan tugas hakiki.Banyak pengalaman yang diperolehi sepanjang ketiadaannya.Terima kasih kepada semua rakan yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang baik sepanjang saya melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.

Apabila kita memegang sesuatu jawatan itu, ia memberikan ruang yang begitu luas untuk kita lihat.Kita tidak hanya tertumpu kepada satu aspek sahaja tetapi ia perlu merangkumi banyak aspek yang perlu kita jagai.Semuanya perlu ditangani secara berhemah...........not easy and i should learn more about management.Kalau selama ini, kita hanya tertumpu kepada bidang kita sahaja tetapi sepanjang saya bertugas , saya perlu lihat pelbagai aspek dan alhamdulillah saya mempunyai rakan-rakan yang boleh dibincang dan dirunding.Kita tidak hanya membuat keputusan sendiri sebaliknya perlu perbincangan yang teliti agar keputusan yang dibuat itu baik untuk semua pihak.

Kepulangannya pada minggu ini ke sekolah , memberikan sedikit kelegaan pada saya.Selamat kembali,my bos.

PENA KASIH : Dari situ pengalaman diperolehi....

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails