Sunday, September 4, 2011

MENGECAT











Sedap mata memandang,tenangnya hati,damainya suasana.......


Setelah beberapa hari raya berlalu, kami baru terfikir-fikir untuk mengecat rumah.Sebelum ini, hasrat memang ada tapi kami tiada kesempatan.Jadi, kami tidak menjadikan itu sebagai satu yang mesti sebelum raya.Tidak menjadi salahnya untuk mengecat selepas raya.Ikut kesempatan.Saya ke kedai cat untuk memilih warna yang menjadi pilihan dan sedap mata saya sendiri melihatnya.

Bila ke kedai cat, bukan saya saja yang sibuk membeli cat sebaliknya ramai juga yang memilih untuk mengecat.Begitu juga apabila ke kedai langsir,ramai juga yang membelinya selepas hari raya.

Saya sebenarnya kurang berminat untuk melakukan kerja-kerja mengecat tetapi menemankan hubby so saya lakukan juga.Akhirnya siap seperti yang kami idamkan.Dalam masa beberapa jam sahaja semuanya beres.Penat memang penat tapi apabila mata sedap memandang, suasana yang tenang dan damai...itu yang saya suka.
Terasa kaki dan tangan sakit............namun, saya lakukan juga untuk menemani hubby.
Saya sememangnya sukakan kekemasan.Walaupun penat tetapi saya gagahi juga untuk mengemas rumah.Suka melihat suasana yang bersih dan kemas.
PENA KASIH :Apabila suasana dalam rumah tenang, semuanya akan terasa tenang..


No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails