Dah penat memasak di dapur...Mak Mah menyanyi pula.One of the guys minta saya nyanyikan sebuah lagu.....emmm......kalau suruh baca yassin boleh......
Hanya dengan dua kali lafaz sahaja.......mungkin debaran begitu kuat sehingga tertinggal satu perkataan.Namun, alhamdulillah semuanya selamat.
Sudah beberapa hari,saya dan hubby begitu sibuk sekali.Sibuk dengan pelbagai perkara yang perlu dibereskan.kalau hendak diikutkan memang terlalu sibuk tetapi masih punya ruang waktu untuk berehat buat seketika.
Minggu yang begitu sibuk melayan pekerja untuk menyiapkan kerja-kerja menyimen dataran rumah kami.Kalau dahulu bertar tapi kini kami telah memilih untuk menyimen kawasan hadapan rumah kami.Nampak bersih, kemas dan selesa.Boleh dijadikan tempat bermain badminton................Hubby memang tidak suka melihat rumah yang tidak kemas dan bersih.So, kami telah mengambil keputusan untuk menyimen kawasan tersebut dan bercantum dengan 'anjung kasih' kami.Kemudian,kami meminta salah seorang pekerja membaiki kawasan 'anjung kasih' kami.Nostalgia 'teratak kasih'.Mudah-mudahan semuanya ceria dan bahagia.Berbeza dengan kos membuat rumah dua tahun dahulu.Kini, semuanya naik.
Kemudian,kami telah mengambil keputusan untuk menebang semua pokok durian di dusun kami.Kalau di bahagian atas dan berhampiran rumah emak, semuanya telah dibereskan dan hanya menunggu benih getah sahaja yang dijangka akan dapat bulan Ogos.Sudah lama mencari-cari benih getah tapi sehingga kini tidak terjumpa.Akhirnya ,ayah telah menelefon kenalannya berkaitan dengan pokok tersebut.Kini, saya sedang membersihkan kawasan dusun di bahagian bawah rumah saya.Semua pokok durian telah ditebang dan kini kerja-kerja pembersihan telah dijalankan.Sebelum hendak tebang,minta kebenaran ayah.Bukan apa,takut orang tua kecil hati dan meninggalkan kesan di hatinya walaupun tanah itu milik kami sendiri yang dibeli daripada sepupu.Apabila 'green-light' diperolehi barulah kami mengambil keputusan untuk menebangnya.So, satu bahagian lagi yang diberikan oleh ayah kepada kami, masih ada lagi dusun durian.Rasanya kami tidak punya masalah dalam soal itu selagi kami tidak mengecilkan hati keluarga.
Dalam masa yang sama juga kami begitu sibuk membantu Ani dan Aman dalam menguruskan hal perkahwinan adik mereka.Hampir sebulan kami berulang-alik ke rumahnya membantu apa yang patut.Membawa mereka ke kedai untuk membeli peralatan perkahwinan kerana Aman sibuk dengan kerja.So, kami memang tidak ada masalah untuk membantu mereka apabila diperlukan.Selagi boleh bantu, kami bantu.Sesampainya di kedai jualan alat perkahwinan, kami begitu berkenan dengan bunga telur sebagai cenderamata.So, hubby hadiahkan untuk Umi sekeluarga.Dalam masa yang sama juga,hubby belikan khemah kecil untuk emak memasak sebelum hari besar mereka.Just suka-suka membantu.
Seusai majlis,kami bergotong-royong membersihkan rumah Ani dengan dibantu oleh Kak Long sekeluarga, Adah sekeluarga dan Aman serta Kak Loyah.Alhamdulillah semuanya sudah beres.Hubby hendak melihat semuanya berada dalam keadaan sediakala.
Hari ini pula, kami akan bergerak ke Bukit Jaloh,Negeri Sembilan menghadiri majlis perkahwinan lagi.Enjoy ourselves dengan majlis-majlis seperti ini.Kami pergi secara berkonvoi.Tentu seronok walaupun dalam keletihan.Yang penting kami ingin mengeratkan tali persaudaraan agar anak-anak kami mengenali saudara mara mereka.
Dalam kepenatan,saya masih sempat menyiapkan kerja-kerja memasukkan markah peperiksaan yang diterima arahannya.Alhamdulillah, semua kerja saya beres dan rasa ketenangan di hati.Sentiasa mendoakan agar Allah permudahkan segala urusan saya.
Dalam masa yang sama juga, hubby sibuk menyiapkan teks untuk my daughter yang akan memasuki pertandingan pidato antara IPG pada akhir hujung bulan Julai ini.Namun, hubby meminta dia menyediakan teks dahulu sebelum diedit.Belajar dan terus belajar....untuk mencapai sesuatu.Hubby tidak mudah untuk memanjakan anak-anaknya tapi naluri seorang ayah akan tetap membantu anak-anaknya apabila anak-anak sibuk dengan presentationnya.Semoga Along berjaya....bukan soal menang diutamakan tapi keberanian untuk tampil di hadapan audiens yang ramai itu amat penting.
PENA KASIH :Menghargai erti masa dan besarnya nilai saling bantu-membantu antara satu sama lain.

No comments:
Post a Comment