Friday, July 29, 2011

NALURI


Emmm....jika tidak menjenguk walaupun sehari mereka akan terus bermain dengan teka-teki.Itulah naluri seorang ibu mahupun ayah.Jika sehari saya tidak ke rumah ayah,pastinya ayah akan bertanya emak ,mengapa saya tidak pergi ke rumahnya.Walaupun jarak rumah tidaklah perlu menunggang motosikal mahupun memandu kereta, hanya beberapa langkah saja sudah memadai.

Kadang-kadang kerana kelewatan saya balik dari sekolah atas urusan kerja dan menyediakan juadah untuk keluarga, membuatkan saya tidak pergi ke rumah mereka.Cukup saya mengintai dari rumah saya kelibat kedua-duanya.Kadang-kadang, mereka berada di beranda rumah, bersantai dan berborak-borak ,tapi saya masih mempunyai peluang melihat wajah mereka.Kalau dahulu,saya akan ke rumah mereka pada waktu malam berbual-bual sehingga jam 12.00 malam tapi kini saya mengurangkan aktiviti keluar rumah pada waktu malam walaupun diizinkan oleh hubby.

Pada mereka sudah cukup saya menghadirkan diri dan berbual-bual buat seketika.Kini, setiap pukul 6.30 petang, saya luangkan masa saya untuk menjenguk mereka.Saya tidak mahu mereka tertanya-tanya ke mana menghilangkan diri buat seketika.Itulah naluri seorang ayah mahupun ibu.

Justeru, saya selalu mengingatkan anak-anak agar sentiasa bertanyakan khabar ibu mahupun ayah walaupun melalui sms dan berchating melalui alam maya.Jangan biarkan merea tertanya dan kita hanya mendiamkan diri sahaja.Kegelisahan akan jelas terbayang di wajah mereka sekiranya kita tidak menghantar sebarang berita kepada mereka.Memang tidak dinafikan sebagai ibu,sudah tentu kita hendak mendengar khabar berita tentang anak-anak mahupun cucu.Saya akui,diri saya sendiri juga seperti itu.Apabila anak berjauhan,bermacam-macam yang bermain di fikiran kita.Adakah mereka sudah makan,adakah mereka kekurangan duit dan sebagainya.Alhamdulilah, saya akan pastikan anak saya sentiasa berhubung dengan saya,bertanyakan khabar itu dan ini, mengingatkan dia supaya menjaga diri, tingkah-laku, bersolat dan tutur kata.

PENA KASIH :Tidak jemu memberikan nasihat kepada anak.......

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails