Sunday, May 16, 2010

UNTUKMU GURU.......


Tanggal 16 Mei, merupakan satu tarikh mengingati jasa guru,mengingati pengorbanan guru terhadap anak didik mereka.Mereka tetap memastikan anak-anak yang didik mendapat sesuatu setelah bertungkus lumus mengajar.

Guru........daripada mereka, kita mengenali dan belajar membaca dan menulis.Besarnya jasa guru.Daripada mereka, lahirlah kalangan pelajar yang memegang jawatan profesional dan tidak profesional.Guru sememangnya seperti lilin yang membakar diri sendiri untuk menerangi kehidupan orang lain.Mereka yang sememangnya memilih kerjaya guru adalah mereka yang betul-betul komitmen dan minat dalam bidang tersebut.

Guru bukan sahaja mengajar malah mereka juga boleh menjadi jururawat,polis,akauntan,jurulatih dan pelbagai lagi yang lain.Sememangnya tugas guru bukan sahaja menumpukan kepada tugas hakikinya tetapi merangkumi semua aspek.Mereka mampu melakukannya.

Untuk semua guru yang pernah mengajar dan mendidik saya sehingga saya menjadi seorang guru diucapkan berbanyak terima kasih atas didikan kalian.Jasa dan pengorbanan kalian memang amat dihargai dan sehingga kini saya merindui kalian.

Pena Kasih:Terima kasih kepada semua bekas guru SK Bukit Hampar, SMK Canossian Convent,SMK Tinggi Segamat,Maktab Perguruan Kinta, USM, SK Agama Segamat, rakan-rakan di SK Gemereh, SK Simpang Lima Darat,SK Jengka 4,Pahang, SMK Seri Jengka-SELAMAT HARI GURU.

1 comment:

NUR FAIEZAH said...

SELAMAT HARI GUUR..DRPD FAIEZAH

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails