Wednesday, May 5, 2010

PEMANGKIN


Buat kali keduanya,saya melangkah kaki ke Bahagian Teknologi Pendidikan Johor Bahru menghadiri taklimat berkaitan dengan SSQP.Kali pertama menghadirinya pada tahun lepas membincangkan mengenai amalan baik di sesebuah sekolah.

Sepatutnya,taklimat ini dihadiri oleh 'boss' tetapi disebabkan beliau terpaksa menghadiri satu mesyuarat yang menjurus kepada tugas hakikinya,saya mengambil keputusan untuk hadir ke taklimat di Johor Bahru.

SKCC telah terpilih sebagai salah sebuah sekolah pemangkin bertaraf 5 bintang hasil analisis penggunaan ict di sekolah dan pendedahan murid dan juga guru dengan ict.Agak terperanjat juga kerana dengan kemudahan yang tidak setanding dengan sekolah lain, SKCC mampu untuk mendapat penarafan 5 bintang.Di Segamat ada beberapa buah sekolah yang mendapat penarafan 2 hingga 4 yang perlu dibantu penggunaan ict.Namun, dengan adanya kerjasama daripada PKG sudah tentu program seumpama ini boleh dijalankan.

Esok, saya terpaksa memaklumkan maklumat yang diperolehi pada hari ini kepada guru besar untuk diambil tindakan seterusnya.Bukan mudah apabila telah terpilih.Banyak yang perlu dikemaskinikan.

Namun, terima kasih kepada penyelaras ICT sekolah iaitu Cik Wan yang telah menyiapkan beberapa maklumat yang perlu disemak semula untuk memastikan penggunaan ict seperti yang dinyatakan.

Pemergian saya ke Johor Bahru pada hari ini ditemani oleh suami.Kami bertolak jam 6.00 pagi dan tepat jam 8.30 sampai ke destinasi yang dituju.Terus ke bilik mesyuarat Cemerlang dan ternyata hanya 5 orang guru perempuan sahaja yang ada dan dua buah sekolah rendah termasuk SKCC.Banyak pengalaman dan ilmu yang dikongsi sama sepanjang 3 jam lebih berada di sini.Sekurang-kurangnya saya mengenali mereka dan berkongsi pemasalahan yang ada.
Tepat jam 12.00,hubby jemput dan terus pulang ke rumah tanpa singgah di mana-mana.Sampai di Segamat jam 2.00 petang.Saya lebih banyak tidur sahaja sepanjang perjalanan pergi dan balik.Kasihan hubby memandu bersendirian tanpa dilayan.Bila mengantuk menguasai diri.....tak kisah siapa di sebelah.

Pena Kasih;Lebih seronok tidur daripada berbual-bual.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails