Program gosok gigi merupakan salah satu program sekolah yang bertujuan untuk menyedarkan murid-murid akan kepentingan menjaga kebersihan gigi.Program yang dijalankan kepada semua murid Tahap 1 dan Tahap 2 ini sebenarnya telah dilaksanakan beberapa tahun dahulu.
Namun,sambutan ke atas program ini agak kurang menggalakkan di kalangan pelajar tahap 2 jika dibandingkan dengan tahap 1.Alasannya, mereka malu untuk menggosok gigi.Berbeza dengan murid-murid tahap 1 yang sudah tahu apa yang patut mereka lakukan selepas makan pada waktu rehat.
Hasil daripada pemeriksaan doktor gigi yang datang ke sekolah juga telah menunjukkan peratus kerosakan gigi di kalangan pelajar sekolah ini semakin berkurangan kerana pelaksanaan program ini.Syabas kepada guru kesihatan yang telah memainkan peranan memastikan program ini berjalan seperti yang dirancangkan.
Pada minggu ini juga, Pn Lim selaku guru kesihatan telah membuat analisis peratus murid-murid yang menggosok gigi dan didapati murid-murid Tahap 1 berjaya mencapai peratus yang tinggi.Mereka sedar dan sayangkan gigi mereka.
Pena Kasih:Takut nak cabut gigi malah sanggup mengeluarkan duit untuk mencabutnya di klinik swasta.

No comments:
Post a Comment