Thursday, May 6, 2010

KETENANGAN




Kocakan dan gerakan air yang mengalir di kolam menyejukkan hati.Kedamaian dan ketenangan perasaan semakin bertambah melihat ikan-ikan berenang-renang di kolam rumah kami.Kalau dahulu, setiap petang kami akan duduk di tepi kolam yang kami bina melihat gerakan air yang dialunkan oleh ikan-ikan.Namun, ikan-ikan yang dibela tidak dapat bertahan lama kerana ada sahaja mangsa yang begitu berminat dengannya.

Kini, semangat untuk membela ikan muncul kembali.Sekembali dari sekolah,hubby mengajak singgah di kedai ikan.So happy.Terus membelek-belek ikan yang besar dan kecil.Ingat dahulu, kami berhabis duit membeli ikan-ikan koi malangnya setiap hari ikan-ikan itu semakin berkurangan.Kami kecewa.Kali ini, kami hanya membeli ikan-ikan kecil sahaja.

Melihat ikan-ikan berenang di dalam kolam sudah cukup menghiburkan hati.Cantik.Terlucur dari mulut ini.Damainya ikan-ikan berada di dalam kolam.Ketenangan hati melihat ikan-ikan itu.Kini,saya sedang meminta kontraktor yang membina garaj ,menyiapkan tempat ikan-ikan itu berteduh.

Pena Kasih:Di situlah ketenangan itu bermula........................

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails