Sunday, May 2, 2010

KEIZINAN.....




Hari ini, menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul anjuran Pergerakan Wanita Umno dan Jabatan Hal Ehwal khas Parlimen Segamat yang diadakan di Masjid Jamek Batu Anam.Majlis yang berlansung dalam suasana yang aman sekali.

Pelbagai acara diadakan iaitu nasyid, bacaan suci Al-Quran dan juga berzanji.Bersama-sama dengan emak dan kak Enon, saya bertolak jam 8.30 pagi dan sampai di perkarangan masjid jam 9.00 .

Majlis yang hanya dihadiri oleh kaum wanita ini diserikan lagi dengan ceramah agama oleh Ustaz
Muhammad Radzi bin Ab Ghani,Pengarah Kolej Komuniti 2,Segamat.Ceramah yang berkaitan dengan Rasullullah s.a.w ini menarik minat.Walaupun tidak sepenuhnya tapi ia mengaitkan dengan kehidupan kita.Sudah tentu tidak mengantuk.

Perkara utama yang disoalkan ialah adakah permergian kami ke majlis ini dengan keizinan suami.Walau apa-apa pun, keizinan daripada seorang suami amat penting.Mostly mengatakan mereka mendapat keizinan daripada husband masing-masing kecualilah mereka yang masih bujang dan tiada suami.(janda /balu)

Majlis ilmu yang dianjurkan oleh Pergerakan Wanita dengan kerjasama JASA ,walaupun telah melangkaui bulan RabiulAwal tapi bersyukur kerana masih diteruskan.Tidak hanya menunggu bulan tersebut,bulan-bulan lain boleh diadakan selagi majlis itu bermanfaat kepada kita semua.
Menariknya apabila penceramah meminta kita membetulkan nawaitul kita ke majlis pada hari ini.Bukan kerana terpaksa tetapi hadir untuk mendapatkan sedikit ilmu dan juga mengeratkan lagi perhubungan sesama kita.

Saya juga berkesempatan berjumpa dengan anak angkat yang dibela oleh mak mentua semasa kecil.Shaidah Supian memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran dan juga berzanji .

Pena Kasih:Jika ada kelapangan , memang saya tidak melepaskan peluang untuk turut hadir di majlis-majlis ilmu.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails