Saturday, December 12, 2015

PERJALANAN KEHIDUPAN SEORANG PENDIDIK (PART 3)

Hampir 5 tahun aku berkhidmat di Jengka...banyak perkara yang aku pelajari.Susah senang aku harungi juga kerana minat yang begitu mendalam sekali dalam profesion perguruan.

Apabila aku disahkan mengandung anak pertama....sudah tentu emosi aku turut terganggu seketika.Tapi sokongan moral daripada suami menjadikan aku semakin bersemangat.Rakan-rakan guru pula begitu mudah memberikan bantuan.Kami seperti sebuah keluarga .Memang seronok sebenarnya mengajar di kawasan felda.

Ibu bapa di sini juga sememangnya sangat prihatin...Rezeki anak sulung aku agaknya.Apabila musim buah-buahan,aku tidak ketinggalan merasainya.Orang kata tidaklah kempunan hendak makan pelbagai jenis buah...kalau tidak meleleh air liur anakku...

Di Pahang, suami aku kerap dihantar pergi kursus....Ketika itu  aku sarat mengandung dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk tidur di rumah rakan bujangku di Jengka.Bila berjauhan dengan keluarga menjadikan kita semakin matang bertindak.....

Aku terpaksa tinggal di rumah rakanku kerana ketika itu aku tidak pandai memandu kereta lagi.Memang sukar sebenarnya tapi aku perlu menerima kenyataan....

Rezeki suamiku juga bertambah kerana kebetulan UITM Jengka memerlukan seorang guru Bahasa Inggeris untuk mengajar di kampus sana.Suamiku sememang minat dalam bidang itu terus  menerima tawaran untuk mengajar di sana secara sambilan pada waktu  malam.Dalam keadaan sarat mengandung, aku sering menemaninya pergi ke sana.Lebih kurang 2 jam aku menunggu suamiku.

Sesuatu yang menarik ialah ketika aku ingin di 'observe' oleh PPD, guru besar aku sering mengelakkan aku daripada di 'observe'.Mungkin beliau memahami keadaan aku ketika itu yang tidak larat .Aku beruntung kerana guru besar  menyediakan tempat aku mengajar di kelas bawah.Anak-anak didik aku akan turun di kelas tersebut....Terima Kasih 'ayah Long' panggilan yang biasa diberikan kepada guru besarku.
Mereka selalu mengatakan aku begitu bertuah kerana sering terlepas di 'observe' oleh pihak atasan.Rezekiku agaknya.....



No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails