Sunday, November 22, 2015
TAHNIAH UNTUKMU FATIN......
Lama sudah aku membiarkan blog aku tidak terusik.Banyak kenangan manis aku catatkan di FB sahaja.Kekangan masa dan tuntutan kerjaku yang semakin banyak membuatkan blog aku sepi seketika walaupun aku tahu ada 'silent reader' yang membacanya .Pastinya setiap memori indah itu amat bermakna buat diriku untuk dikenang-kenangkan suatu masa nanti.
Apa-apa pun mama mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah buat puteri mama atas kejayaan yang sememangnya telah diduga.Di saat cabaran dan dugaan menimpa tapi Allah tahu apa yang sebenarnya tersirat di hatimu.Mama kagum dengan kegigihanmu di utara.Memastikan setiap kehendakmu untuk memperoleh kejayaan tercapai.Setiap masa mama titipkan doa untuk anak-anak mama.Pastinya ia membanggakan kami.
Hasrat dan impianmu untuk melanjutkan pelajaran ke pringkat yang lebih tinggi amat dialu-alukan.Mama tahu ketegasan dan keinginan yang tinggi dalam dirimu.Mama harap puteri mama sentiasa memberikan dorongan buat adik-adik dan sepupu mu yang lain.
Kejayaan tidak semudah itu tapi semangat yang tinggi dalam dirimu diiringi dengan doa dan usaha akhirnya membuahkan sesuatu yang amat bermakna buat dirimu.Kecewa untuk seketika tidak bermakna kecewa selamanya.Proud of u.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment