Saturday, December 12, 2015

PERJALANAN KEHIDUPAN SEORANG PENDIDIK (PART 2)

Episod di Jengka.

 Melangkah pergi ke Jengka 4 dengan hati yang girang.Semangat untuk mengajar begitu bersungguh-sungguh sekali.Suamiku pula ketika itu diarah berpindah ke SMK Sri Jengka...sekolah yang baru dibuka.Aku menetap di rumah guru di situ.Orang yang baru mendirikan rumah tangga sudah tentu banyak kekurangannya.Aku terima dengan redha.....

 Setiap hari,aku keluar rumah selepas subuh dengan dihantar oleh suamiku.Perjalanan dari rumah ke sekolah aku bukannya dekat dan mengambil masa lebih kurang 45 minit tetapi itulah rutinku setiap hari dan setiap harilah juga aku akan pulang lewat sehingga petang malah ada kalanya sehingga jam 7.00 petang.Terima kasih kepada rakan-rakanku yang sudi menumpangkan aku di rumah mereka sementara suamiku menjemput aku....

 Aku telah diminta untuk mengajar murid-murid Tahun 1 ketika itu.....aku terasa seperti mahu menangis kerana aku tidak mempunyai pengalaman langsung namun aku sahut cabaran itu.Aku masih ingat ketika itu cikgu Kamaruddin memang beria-ia meminta aku mengajar tahun 1 kerana tiada guru lagi yang boleh diletakkan di situ.Akhirnya aku terima dengan bimbingan beliau.Aku di perhatikan selama 3 bulan dan selama itu tekanan perasaan yang aku hadapi..Setiap hari beliau akan masuk ke kelas melihat cara aku mengajar.....sesekali beliau membimbing aku.Alhamdulillah,akhirnya aku mampu menggalas tanggungjawab aku sebagai guru tahun 1.Aku ''enjoy' sebenarnya mengajar di Jengka 4,walaupun di kelas muridnya lebih daripada 30 orang.Sememangnya darah muda yang mengalir menjadikan aku terkenal sebagai seorang guru yang garang....Siapa yang mahu melihat anak didik sendiri tidak tahu membaca.....aku tanamkan niat aku untuk memastikan di akhir tahun anak-anak bawah jagaan aku mampu membaca, menulis dan mengira.Garang aku bertempat dan akirnya aku mampu memastikan anak didik aku menguasai 3M.

Bunyi kasut sahaja sudah mengerunkan murid-murid aku...anak-anak murid yang terdiri daripada lelaki dan perempuan sedikit sebanyak memerlukan kesabaran yang tinggi....Tapi aku 'happy' dengan mereka.Semangat aku semakin kuat untuk memastikan anak-anak felda berjaya..





No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails