Friday, December 4, 2015
BILA HATI TERSENTUH..JIWAKU RAPUH
Tiba-tiba sahaja hatiku tersentuh.....selalunya aku tidak seperti itu.
Tontonan di televisyen pada hari ini membuatkan hatiku sebak....tanpa disedari linangan air mata berjujuran.Aku toleh ke kiri melihat wajah che abeku dan wajah anak lelakiku...nampak mereka juga sayu tapi tidaklah sehebat aku.
Jiwaku rapuh mendengar cebisan kata-kata daripada insan yang mengenali dirimu,Pak Yus.Aku bukanlah peminat lawak sebenarnya tapi apaila aku membaca kisah hidupmu yang dipaparkan di media sosial membuatkan hatiku terpaut untuk mengetahui kisah kehidupanmu.Ternyata begitu mulianya hatimu walaupun sebagai seorang pelawak..
Namun pastinya setiap kali aku mendengar kematian....jiwaku rapuh.Mudah tersentuh.Namun yang pastinya setiap yang hidup akan berakhir jua...kita tidak tahu bila dan ketikanya kita juga akan turut pergi.Meninggalkan insan-insan yang kita sayangi.
Hanya yang mampu aku lakukan sedekahkan al-fatihah untuk mereka...mendoakan agar mereka di tempatkan di kalangan orang yang beriman.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment