Saturday, April 11, 2015
KARENAH ANAK
Hujung minggu yang tidak pernah tidak beraktiviti.Jika tidak ada pun tetap aktiviti mengemas rumah di luar dan dalam rumah.Dua hari bercuti aku penuhi masa dengan pelbagai perkara.Hari Jumaat sahaja aku telah menghadiri satu kelas keusahawanan dan juga tips kecantikan seorang wanita.Memang menarik dan aku juga tidak melepaskan peluang berkongsi pengalaman aku bersama mereka.Kemudian kami juga diberikan pendedahan cara-cara solekan yang betul.....menarik dipelajari untuk diri sendiri.
Hari Sabtu, rengetan anak bujangku untuk ke Kuala Lumpur.Mencari baju yang telah lama diidamkan di Bukit Bintang.Kepenatan tapi penuhi juga permintaannya.Aku mengambil masa yang singkat saja untuk ke sana.Dua tempat saja yang aku fokus walaupun sebenarnya aku hendak ke Masjid India...tapi aku putuskan terus sahaja ke Alamanda.Cuci mata sahaja kerana kurang mood sedikit untuk membeli barang.Layan kehendak anak bujang sahaja.
Sempat juga anak aku mengambil gambar kami...pandai nak ambil hati mama dan ayahnya.
Kesesakan di bandar Kuala Lumpur membuatkan kami kurang berminat untuk ke sana.Tapi apabila kehendak anak-anak turutkan aja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment