Wednesday, April 2, 2014

PERCUBAAN PERTAMA --KUIH TAKO

Bila pena kasih terus berbicara.Kali ini bicaranya berkaitan dengan makanan. First percubaan...ajak che hubby teman pergi ke kedai membeli bahan-bahan untuk membuat kuih ini..Tako.Nampak senang tapi dalam hati takut tidak menjadi.Membazirlah jawapannya. So,setelah bahan sudah dibeli dan baru nak membuat persiapan ada aja halangan.Sehari dua hari selepas membeli barang belum lagi dapat menunaikan hasrat untuk membuatnya.Sehinggalah pada hari Selasa, setelah aku selesai menjalankan tugas rutin cuti persekolahan di sekolah, aku gagahi juga menyediakan percubaan pertama aku itu. Sebelum che Abe aku pergi bekerja siap dia berpesan kepada aku, jangan buat banyak-banyak nanti tak menjadi rugi.Yalah,che Abe.Aku akur dengan permintaannya. Setelah melihat resepinya,aku pun mula melakukan kerja-kerja membuat dan menyiapkan kuih tako aku dengan dibantu oleh anak saudara dan my hero. Akhirnya kuih tako yang aku buat menjadi juga tapi tidaklah secantik yang aku beli di pasar malam.Tak pa,lain kali aku akan buat cantik..huhuhu.
Hasil masakanku itu, aku beri sedikit untuk emak saudaraku yang ketika itu sedang merewang untuk majlis perkahwinan anaknya.Sempat lagi meng'order' kuih tersebut untuk makan-makan.Sekejap aja kuih yang aku buat itu habis kerana masing-masing suka.My hubby also memuji masakan aku itu, rasa semua ada tapi rupa tiada...huhuhuhu. Yang penting aku mencuba...

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails