Sunday, April 6, 2014
TEMERLOH .......
Biarpun kepenatan tapi Pena Kasih tetap ingin berbicara.Tatapan anakku yang duduk di utara.Mengisi ruang masanya mengintai kisah kehidupan yang mempunyai pelbagai ragam.
Emmm...membicarakan sesuatu itu nampak mudah tapi adakalanya memerlukan masa untuk memulakannya.Temerloh.....entah kali ke berapa aku berada di sini.Kalau dahulu bermula tahun 1991 hingga akhir tahun 1995,kawasan ini sememangnya menjadi tempat laluan untuk pulang ke Segamat.Di sinilah aku sering melepak bersama Pak Lah dan keluarganya.Di tepi sungai Pahang dan Pasar Tani di Temerloh merupakan kunjunganku setiap minggu.Memang menarik tempatnya.Kini,destinasi itu tidak menjadi popular buat diriku.Hanya sesekali sahaja aku melangkah ke situ bersama keluarga.
Tatkala tangan ini ingin terus menaip,aku sebenarnya baru menyiapkan kerja sekolahku.Ppoint yang perlu aku sediakan untuk pembentangan aku pada 12.4.2014.Selesai menyediakan PP aku masih ada idea untuk menulis.Penat...sememangnya penat.
Apabila suami aku memaklumkan yang 'family'nya hendak ke Temerloh melawat atok yang sakit di sana dan seterusnya meminta aku mengikutinya,aku membuat pilihan untuk ke sekolah dahulu.Aku ingin mengajar terlebih dahulu agar anak didikku tidak ketinggalan dalam pelajarannya.ALhamdulillah,untuk hari ini,aku telah menghabiskan 'hutangku' dengan anak murid.Syukur kerana aku dapat mengajar mereka dengan suasana yang tenang sehinggalah jam 10.30 pagi,suamiku menjemput aku ke sekolah.Aku meminta kebenaran daripada bos untuk keluar.
Tepat jam 1.00 lebih, kami sampai di Temerloh.Sempat lagi aku singgah di sini untuk membeli ikan patin yang tidak sah kalau ke Temerloh tidak membelinya.
Hampir jam 5.30 petang, kami bergerak pulang ke Segamat dan sepanjang jalan aku berchating dengan anak lelakiku bertanyakan keadaannya yang tinggal keseorangan di rumah.Aku terharu apabila pulang dari Temerloh,keadaan rumah kemas.Baju dibasuh dan dilipat.Semua sampah sarap dibuangnya.Sempat lagi aku bertanyakan kerja kursus (PBS)nya yang dibentang pada hari ini.Mama sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak Mama.Semoga kalian terus mendekatkan diri kepadaNya,berusaha dan setiap kejayaan tidak datang bergolek tanpa adanya usaha.
PENA KASIH : Bersyukur dengan apa yang ada.Nikmat apakah yang hendak didustakan.Terima kasih, Ya Allah.KepadaMu tempatku sentiasa mengadu apabila tiba dinihari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment